Friday 15 March 2013

BFF really exist???..episode 3


di zaman universiti, persahabatan jadi berbeza. mungkin kita semua mula belajar untuk matang. dan dari persahabatanla kita mencorak hidup kita. kta berdiri hari ini, sebahagiannya adalah hasil corakan dari persahabatan. di waktu universitilah sangat penting untuk mencari teman yang baik supaya kta tak berubah menjadi lebih buruk. persahabatan aku di universiti susah nak kekal lama dan sentiasa bertukar2 kerana masa dan jarak memisahkan kita. syukur aku masih dapat keep in touch dengan mereka.

melangkah masuk ke UTP, aku rapat dengan Zura dan Amalina. ktaorang belajar survive bersama2. pada masa yang sama, aku rapat juga dengan kawan2 yang seMRSM dengan aku terutamanya Fahmi. bila je result SPM keluar, banyak yang keluar UTP untuk sambung belajar di oversea. ini sangat terkesan pada aku, sebab Amalina dan Fahmi keluar dari UTP pada  waktu yang sama. sebenanrnya sedih sangat bila Amalina tinggalkan aku dan Zura. tiba2 rasa sunyi. yang Fahmi pulak tak farewell pun dengan aku. dia just anta satu surat yang beritahu dia dah keluar dari UTP dan say thanks for our friendship. tak tahu kenapa surat tu buat aku menangis. tapi sejak dari tulah, ktaorang lost contact. mungkin saat ni dia dah totally lupakan aku. pernah aku beritahu Zura yang aku nak keluar UTP, tapi zura cakap kat aku kalau aku keluar dia akan menyesal tak pergi sambung belajar dioversea. dari situla aku belajar untuk tabah dalam menghadapi perpisahan. lepas tu, datangla bella dalam persahabatan kami. ktaorang jadi happy balik sebab bella kelakar.

tapi aku sedih bila persahabatan ini berakhir bila aku jatuh sakit. dan aku realize, zura yang paling terkesan bila aku extend satu semester. zura banyak sangat berkorban untuk aku. aku rasa dia tolong aku sampai dia rasa penat bantu aku. budi baik zura sampai sekarang aku tak terbalas. aku syukur bila ipin temani zura masa aku tiada. sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah sangat. bila aku sambung semula belajar diUTP, banyak sangat cabaran yang aku terpaksa hadapi. masa tu aku berharap sangat, bella dan zura ada bersama aku. tapi lain pula jadinya. bella dan zura putus sahabat. dan aku blame diri aku, sebab kalau aku tak sakit, mesti persahabatan kami tak seteruk ni. tapi  aku cuba sedaya upaya aku untuk rapat dengan zura dan bella kembali. sampailah suatu hari zura cakap aku dah berubah bila masuk batch lain. waktu tu aku rasa sedih sangat sebab aku tahu zura takkan rapat lagi dengan aku. tapi because aku cause a lot of problems to her, aku salahkan diri aku kerana gagal menghargai pergorbanan dia terhadap aku. sorry sangat Zura.

bila aku tukar ke semester baru, aku roomate dengan Fatin Munirah. Fatin banyak ajar aku untuk berdikari dan tak terlalu depend on kawan. dan terima kasih juga untuk Jaar sebab support aku masa tu. Jaar sorang je yang dari batch aku yang dulu cuba untuk bantu naikkan semangat aku untuk terus belajar diUTP. mengenali Fatin membuat aku sedar yang aku tak matang sangat selama ni. so dari situ aku belajar untuk stand by my own dan jangan harap pertolongan orang lain. 

bila tamat foundation,  aku pindah hostel. dan dapat housmets yang sangat best. ktaorang sangat united masa tu. walau ada jugak babak2 pergaduhan, tapi ktaorang still hang out together. roomate aku masa tu Shaki banyak membantu aku. dan pada masa tu jugak, aku start bercinta. pada awalnya, setiap kali aku keluar dengan BF aku mesti ajak kawan2 aku sekali. dan start 2nd year , aku rasa aku terlalu focus pada BF aku sampai aku lupa pada housmet aku seperti gg, ifa, kat, soleh, shira, mira, ijah dan sya. akulah yang paling lambat update bila ada problem dirumah kami dek focus sangat pada BF ni. padahal dieorang selalu support aku.

habis internship, aku ada masalah dengan BF aku sampai ktaorang putus walau ktaorang dah merancang untuk kahwin. masa tu aku start rapat dengan soleh. soleh cakap dia tak sempat nak kenal aku sebab aku asyik keluar dengan BF. masa tu aku menyesal sebab tak appreciate sangat rakan hosmets aku. 

diUTP aku banyak habiskan masa dengan gg dan ifa. ktaorang selalu ke kelas together. tapi aku rasa aku xboleh lawan persahabatan gg dengan ifa. dan pada waktu yang sama, tanpa aku sedar aku makin rapat dengan soleh  sejak ktaorang asyik masak bersama-sama. waktu hari terakhir ktaorang bersama diUTP, aku menangis bila soleh pergi. mungkin sebab soleh banyak bagi nasihat kat aku. soleh, gg, ifa dan kat banyak mewarnai hidup aku kat UTP. tapi bila kami dah start career life, ktaorang dah start renggang. cuma gg yang sentiasa contact aku. mungkin persahabatan itu menjadi slow bila kta berjauhan. kalau dulu bila ada masalah, jari aku senang saja untuk sms atau chatting mereka semua, tapi sekarang tak tahu nak sms siapa untuk hilangkan rasa bosan. jauh dari hati aku, aku rindu sangat kat housemets aku, gg, ifa, soleh, shira, wani, putri dan banyak lagi kawan aku. aku harap bila aku kawin nanti dieorang dapat datang atau buat reunion bersama2. hang out dengan mereka semua adalah saat paling indah.

tapi sayang sangat bila persahabatan jadi renggang atau hilang begitu sahaja hanya disebabkan sudah tidak tinggal bersama lagi dan jalani hidup masing2. dan aku bersyukur, bila aku move on in my life, aku mesti berjumpa dengan sahabat baru yang mencorak hidup aku. contohnya, Huda. walau dia dah jauh dari aku dan dah berkahwin, dia tetap keep in touch dengan aku. bila aku sunyi, aku kenang balik, sebenarnya hidup aku penuh dicorakkan dengan persahabatan. cuma tidak dapat menjadi sentiasa close kerana semua dah start buat hal masing2 dan bertemu dengan sahabat2 baru di tempat baru. begitu juga aku....

hargailah persahabatan dan kenanglah mereka sentiasa didalam hati. pasti kita rasa bertuah kerana sebenarnya ramai yang menghargai kita sebagai seorang sahabat.

BFF really exist??? episode 2


nak sambung tajuk sebelumnya. sebenarnya aku cerita history of my bestfriend supaya bila kawan2 aku terbaca tulisan aku ni,  aku nak dieorang tahu yang aku appreciate sangat persahabatan yang pernah terjalin. sambung balik kenangan manis masa lampau di MRSM.

hari pertama di MRSM YT BESUT, aku bertemu dengan Dayah. Dayah ini orang yang penting dalam hidup aku sampailah sekarang. ( to Dayah, gambar diatas tu, aku illustrate gambar kta berdua.. saranghaee Dayah) ktaorang jadi kawan sebab ibu kami berdua adalah kawan sekampung. Dayah tak pernah nangis masa tinggal diasrama. so aku inspired dari dialah. so sebab Dayahla aku dapat adapt tinggal diasrama. aku buang sikap manja sebagai anak bongsu, sebab aku nak jadi tough macam Dayah. sampai sekarang orang tak percaya aku ni anak bongsu sebab aku tak tunjuk perangai manja aku. kalau tunjuk rasanya, tak ada yang nak kawan dengan aku. tapi betullah kata pepatah, FAKE IT TILL MAKE IT. sebab aku selalu berpura2 tough, aku sekarang memang jadi seorang yang strong. aku dan Dayah sekolah bersama sampai tingkatan 5. tapi Dayah lagi senang cari kawan, dia lagi ramai kawan dari aku. mujurlah dia sudi lagi jadi kawan aku. bila MRSM YT BESUT di tutup, kami dipindahkan ke MRSM KUALA LIPIS. pada awalnya, Dayah rapat dengan Sa, so aku pun jadi rapat jugakla. ditakdirkan Sa dan aku sekelas pula bila di MRSM baru.

aku, Sa dan Dayah, rapat pula dengan Fatin, Syuk and Nana. so ktaorang jadi gang. waktu tu memang gang habisla. Sa masa tu sangat otai, so aku pun jadi otai. ktaorang nakal jugak disekolah. yang paling banyak kena rotan adalah aku dengan sa. tapi ada moment yang sangat sedih. memandangkan, sa, fatin, syuk dan nana sekelas, dayah rasa terpinggir dan dia mula jauhkan diri pada kami semua. waktu tu aku sangat sedih bila Dayah tak rapat dengan aku macam dulu. tapi lama2 aku jadi lupa sebab ktaorang berlima sangat rapat.

terlalu banyak kenangan manis masa aku ada gang. tapi rasanya, antara ktaorang berlima, aku rasa paling loser.. mungkin masa tu aku kurang keyakinan diri. mereka bereempatla yang ajar aku rapat dengan kawan2 lelaki. tapi aku sorang yang tak ada cinta monyet. loser gakla aku...hehe...tapi yang aku bangga, sa, patin, syuk dan nana selau cakap aku paling bijak. padahal aku bijak disebabkan dieorang. syuk dan fatin suka mengajar. aku pulak memang tak suka membaca. jadi aku sangat focus bila syuk dan fatin ajar ktaorang memandangkan aku selalu tidur bila dalam kelas. dan muncullah Laili dalam gang ktaorang. aku dah lupa macamana Laila rapat dengan ktaorang. tapi Laili pun seorang yang gila-gila membuatkan aku suka dia masuk dalam gang ktaorang. suatu hari Sa bermimpi tentang masa depan kami. ktaorang buat reunion pada tahun 2015 di MRSM kami dan bawa kekasih hati masing2. kata Sa, boyfriend aku rambut pacak dan jenis sangat macho. tak banyak cakap, tapi bila bercakap power. FYI, aku tak bertemu lagi lelaki macam tu dalam hidup aku. so mungkin aku tak jumpa lagi jodoh aku kot. so disebabkan itu ktaorang berdua berpakat akan buat reunion pada tahun 2015. tak tahulah jadi ke tak. fatin pun cipta motto untuk friendship ktaorang dari nama ktaorang. (SAYANG, FRIEND SHIP NEVER DIE, SFND), fatin siap tulis dekat baldi dia lagi. masa tu sweet sangat. boleh dikatakan aku ni memang tak boleh hidupla tanpa gang aku. tapi Tuhan lebih tahu apa yang aku perlukan.

habis je PMR, ktaorang pergi ke MRSM berbeza. Sa MRSM Jasin, Laili MRSM Pengkalan Chepa, aku MRSM Kuala Terengganu , syuk,nana dan fatin, MRSM Kota Putera. bila je aku melangkah ke MRSM baru, aku down sangat. apatah lagi rules kat situ tak sama dengan MRSM aku dulu. masa tu aku tertekan sangat sampai nak pindah MRSM. tapi tak jadi. masa tula, aku bertemu kawan baru iaitu Yati. aku panggil dia Darlie. Darlie ni different dari kawang2 aku yang lain. dia sangat lemah lembut dan dia sangat manja dengan aku. dia suka nyanyi kat aku dan bagi love letter kat aku. dia suka cartoon. so banyak dia lukis cartoon tentang aku dan dia. dialah yang buat aku nak stay kat MRSM tu. Darlie suka nyanyi lagu  Welcome to My Life dan lagu china kat aku. tapi ktaorang jadi renggang bila naik tingkatan 5 sebab berlainan dorm dan berlainan kelas. masa tu aku start busy sampai Darlie anta kad yang dia cakap dia sedih aku tak rapat dengan dia lagi. siap nyayi lagi Radja-Jujur. sedih sangat masa tu. tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk spent time dengan Darlie bila aku ada masa lapang. sebab aku sayang sangat kat Darlie ni,  dan sebab itu jugak, aku create email aku guna nama dia ngan aku, darlie_slum@yahoo.com.my.

di Tingkatan 5, Dayah jadi sekelas dengan aku dan end up Dayah duduk disebelah aku. masa tulah ktaorang jadi close balik. dalam kelas tu, ktaorang susun meja berkumpulan. ada Mira, Aida, Waniey, Ija, Dayah dan aku. so dari situ ktaorang jadi rapat sangat. aku jadi bijak pun sebab Mira selalu ajar aku. kawan sekelas aku ni bijak semuanya. aida, wani dan mira berjaya berlajar ke oversea. tapi ija, dayah dan aku pun berjaya jugak berlajar di malaysia ni. rasanya Mira dengan waniey dah jadi doktor kot. tapi sebenranya di MRSM Kuala Terengganu aku paling ada banyak kawan. kalau di dorm, aku rapat jugak dengan Nani, Fasha, Huda, Husni dan banyak lagi. tapi rasanya aku manja dengan Dayah. bila aku stress aku jumpa Dayah. Dayah tahu semua rahsia aku, kecuali satu rahsia yang hanya Huda dan Husni je tahu..sorry Dayah aku tak berani nak cakap aku ada minat kat seseorang masa tu...hehe

bila ktaorang dah habis SPM, aku tetap jumpa Dayah walau ktaorang berlainan universiti. balik kampung je mesti ajak dayah berjumpa. setiap tahun pasti aku gi raya umah Dayah. dan sejujurnya aku banyak beritahu semua kisah aku pada Dayah sebab aku tak pernah nampak Dayah berubah dan selesa dengannya. waktu aku sakit teruk pun, dayah tak pernah buang aku. aku terharu sebab Dayah still layan aku sama macam ktaorang di tingkatan 1. Dayah, aku paling sayang persahabatan kta. aku rasa aku mesti sangat sedih bila suatu hari nanti Dayah lupakan aku sebab Dayah adalah orang penting dalam hidup aku.(Dayah, you are the best)

aku juga tak akan lupakan gang SFND aku. thank to Fatin sebab buat group ktaorang kat FB. kalau tak mungkin ktaorang lost contact dah. tapi sayang, ktaorang xdapat jadi close macam dulu. mungkin semua orang ada hal masing2 dan mungkin aku sorang je kot terpinggir dalam gang aku. tapi aku tetap sayang mereka. tak lupa juga 2 orang kawan lelaki aku yang selalu datang beraya umah aku, Apek dan Adham. cuma Adham dah start renggang dengan aku. tak tahu kenapa. thanks to apek still be my best friend. tak adala sunyi sangat aku kat Perak. hehe

TO BE CONTINUE

BFF really exist??


BEST FRIEND FOREVER.....is it really exist in my life??bila aku become a graduate student dan sedang melangkah ke alam career, kadang-kadang aku terfikir benarkah BFF exist. mungkin di alam persekolahan atau university kita ada bestfriend or gang yang sangat close dengan kita, tetatpi bila kita sudah tidak tinggal bersama dan jalani hidup masing2, perhubungan kita jadi renggang. kadang-kadang aku cemburu dengan lelaki, some of them jenis sangat setia pada friends. walau dah kahwin still hang out sama2. but girls, i'm not too sure. mungkin lebih focus pada kekasih hati... kat sini aku nak share sedikit histrory BFF in my life..secara jujurnya semua kawan2 yang pernah rapat dengan aku, aku tidak pernah lupa kenangan bersama mereka.

dari kecik sampai besar, aku sangat mudah mingles dengan orang disekelilingku. waktu aku berumur 5tahun hingga darjah 2, aku sangat rapat dengan Angah dan Ilyia. mereka berdua adalah jiran aku. pada awalnya Angah la kawan yang paling rapat, memandangkan dia selalu cari aku bila dia tengah sedih. tapi bila ktaorang dah start bersekolah, ktaorang dah tak kawan lagi sebab dia lelaki, pastilah dia lebih suka rapat dengan kawan2 lelaki. sejak itu aku makin close dengan Ilyia. so many things we shared together sampai darjah 6. kitaorang jadi renggang bila aku dah start masuk asrama. and now when we meet, we just smile and feel awkward to start conversation. tapi kenangan bersama Ilyia terumatanya waktu aku kecik dulu sangat indah.

waktu darjah 3, aku ada bestfriend. nama dia diana. dialah kawan baik pertamaku. ktaorang sangat close. semuanya buat bersama. rasanya aku makan kat kantin pun jarang pergi dengan orang lain. tapi, bila sekolah kompleks gong badak dibina, diana pindah sekolah. waktu tu aku sangat sedih. tapi, moment yang paling best masa tu kitaorang selalu berkirim surat. seronok sangat bila dia bagi surat kat aku. tapi lama-kelamaan ktaorang dah lupa pada diri masing2. Alhamdulillah, mungkin Tuhan taknak ktaorang putus begitu sahaja, raya tahun lepas aku jumpa dia balik. masa tu rasa nak menangis je. diana sangat cantik sekarang. aku bangga sebab dia  berubah menjadi gadis yang sangat baik.

masa aku berumur 12 tahun, aku ada 2 kawan baik. Siti Nurhafeezah dan Saiful. Siti adalah orang yang paling berjasa bagi aku. sampai sekarang aku masih berterima kasih pada siti kerana mengubah hidupku. pada aku darjah 3-5, aku memang malas belajar. walau berada di kelas pertama, aku selalu dapat nombor yang hampir2 last. saat aku berubah adalah darjah 6, hari pertama melangkah darjah 6, siti ajak aku duduk disebelahnya. siti, dari darjah satu hingga darjah 6 selalu dapat no 1. dia bijak sangat. dialah yang buat aku rajin belajar sampai aku dapat no 2 dalam seluruh darjah 6. kira hebat jugakla, dari aku dapat no 22 ke no 2. aku dan siti banyak wakil sekolah. sitilah yang buat aku jadi pelajar aktif. masa tu, siti jadi ketua pengawas perpustakaan perempuan dan aku ketua pengawas perempuan. rasanya kalau aku tak berkawan dengan siti, mungkin aku xdapat pergi MRSM. akhirnya ktaorang berjaya dapat 5A. both of us further study in MRSM but different MRSM. start pada tula ktaorang jadi renggang. walaupun pada tingkatan 4 dan 5, ktaorang berada diMRSM yang sama dan pernah sekelas, tapi ktaorang dah tak rapat. mungkin kami berdua sudah ada kawan rapat masing2. kalau siti terbaca tulisan ini, aku nak dia tahu yang aku sangat berterima kasih dengan dia kerana dialah yang buat aku sentiasa berjaya sampai sekarang. (thanks SITI aka FEEZAH for been my bestfriend when we at standard 6).

Saiful adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. ktaorang rapat dari kecik lagi. sejak 6tahun aku belajar fardhu ain bersama sampailah darjah 6. tapi bila ktaorang dah darjah 6, saiful dah start jadi matang sikit. dia dah start protect aku. aku rasa masa tu Saiful tahu semua baik dan buruk aku. sebab tu kot aku jadi manja dengan dia. dia selalu bersaing dengan aku, tapi tak pernah dapat mengugat no1 yang aku dapat.hehe. setiap weekend, ayah kami berdua selalu anta kami ke rumah nenek diseberang takir. dari situlah aku jadi sangat rapat dengan dia. apatah lagi waktu tu, abang2 aku dah masuk asrama. jadi aku banyak bermain dengan Saiful. ktaorang close sampailah ktaorang tingkatan 3. lepas tu ktaorang dah start buat hal masing2. kalau berjumpa ktaorang hanya bertanya kabar. 

TO BE CONTINUE