Thursday 30 August 2012

Kenali Cinta



Jom kita kenal jenis-jenis cinta sesama manusia....bolehla jadi guidelines kalau nak cari calon pasangan anda...hehe....saya mulakan dari yang the worst hingga the best...

Cinta Nafsu: bagi saya cinta ni paling berbahaya....kalau pasangan anda suka sangat dating dan suka sangat berdua dengan anda...harus hati-hati.....nak-nak dia suka sangat bawa anda ke wayang ke, lebih suka berbual didalam kereta atau tempat-tempat sunyi.....kerana tempat macam ni orang tak berapa nampak apa yang kita buat...masa ni la syaitan nak cucuk jarum...mulalah nak sentuh-sentuh, bepegangan tangan, kiss ke dan sebagainya.....kalau dah sayang tu semua boleh jadi....apabila kita meningkat remaja atau dewasa, nafsu kita juga akan jadi remaja atau dewasa juga....sebelum ia menjadi sesuatu yang tidak baek...elakkan berdating di tempat yang anda hanya berdua dengan dia...biarlah ditempat yang terang dan ramai orang.....kerana cinta nafsu berkemungkinan besar tidak kekal.....terutamanya lelaki....apabila dah dapat apa yang dia nak, dia akan rasa bosan dan mulalah cari mangsa yang lain...yang merananya perempuan...hilang maruahnya....ada jugak lelaki berprinsip begini....sebelum dia kawen dia nak enjoy dulu....dia carilah perempuan untuk dia enjoy...tapi untuk pasangan hidup dia, dia akan cari yang terbaik dari ladang, yang tak pernah disentuh oleh sesiapa....tapi tak boleh cakap jugak lelaki je suka cinta nafsu ni...perempuan sekarang pun ada jugak.....ada yang rasa tak boleh hidup tanpa belaian seorang lelaki dan mulalah menggatal dan menyerahkan apa yang dia ada....zaman sekarang memang tak fikir sangat soal maruah asal enjoyy...tapi Tuhan kan tahu apa yang kita buat.....sementara masih ada peluang untuk bertaubat dan kembali mendapatkan cinta Tuhan, amibillah peluang,,,,jangan besar-besarkan nafsu kita dan bertuhankan nafsu....jaga hubungan dengan Tuhan, InsyaAllah kita dapat elak cinta macam ni....

Cinta sebab malu jadik single: ni bahaya jugak...biasanya terjadi pada orang yang tak matangla....sebab dia malu kalau dia jadi single sedangkan kawannya dah berpunya semua atau tak boleh hidup tanpa lelaki/tanpa perempuan.....sedar tak sedar, ramai sangat berfikiran begini tanpa sedar....sekali dah couple dia dah tak pandai nak hidup tanpa couple...apa yang hebatnya cinta manusia??memang best kalau orang care kat kita, selalu ambil berat tentang kita, tapi pandai-pandailah cari yang betul2 kita nak buat pasangan hidup...kalau kita ni macam ni...boleh juga dikatakan hidup kita ni suka berfoya-foya....kalau kita kejar cinta Illahi rasa lebih hebat....buat apa nak bangga kalau kita ada pengalaman cinta yang banyak tapi tak pernah bahagia....menurut pendapat penulis, lebih baek kita belajar mencintai diri kita dan spend masa untuk diri kita dengan Tuhan, dari situ kita dapat close dengan Tuhan, dan mungkin Tuhan akan kurniakan teman hidup yang terbaek buat kita....InsyaAllah...pasrah saja sama Tuhan...Tuhan kan ciptakan kita berpasangan...adalah tu pasangan yang terbaek buat kita....

Cinta silih berganti: Ni orang playboy or playgirl la....bila Tuhan kurniakan muka yang cantik or rupa yang menawan...tambah pulak dgn sweet talker...senang sgt nak pikat orang....ada yang couple 2 3 dalam satu masa...zaman kini tak kira jantina...perempuan pun suka main kayu tiga...bestla sebab dapat perhatian banyak...pahtu kalau putus pun cepat je cari pengganti....sebenarnya tak elok bercinta dengan cara begini...pastilah ada yang terluka suatu hari nanti...dan mungkin suatu hari nanti kita dapat balasan Tuhan akibat mempermainkan cinta orang....ada jugak yang saya tengok...bercinta punyala ramai...alih end up hidup sunyi ataupun pasangan hidup tak berapa bagus....ingat....what we give to people, we will get back...kalau kita buat benda baik....balasannya baik...buat yang buruk, buruk jugak balasannya....

Cinta melebihi Tuhan: sebenarnya ramai je yang mempunyai perasaan macam ni tanpa mereka sedar....dan secara automatikla ia boleh menjadi syirik....tak yah cakapla...memang kebanyakan orang mencintai pasangan kekasih sampai tahap mau mati.....kalau tak dengar suara si dia sehari dah jadi tak betul dah.....setiap saat duk terbayang si dia hingga dalam solat pun boleh berangan dia....punya la lakukan pelbagai cara untuk tambat hati si dia...bagaimana pula dengan Tuhan???pernah ke kita rasa begitu???rasa nak mati je tanpa DIA....selalu je menghubungi DIA dan cuba sedaya upaya untuk dekatkan diri padaNYA....banyakkan yang berjiwa muda ni, yang wajib pun tak berapa ikhlas nak buat...solat pun laju je....tak faham pun apa yang dibaca dalam solat...asal solat, puasa kira dah okay dah tu....bukan senang nak mengejar cinta Tuhan....kena kenal Tuhan dulu....kebiasaannya bila umur dah menginjak 40 ke atas, barulah terasa kosong diri ni, barulah teringin mencari cinta Tuhan.....jangan gitu kawan2...seimbangkanlah dunia dan akhirat...bila kita pegang akhirat...dunia ni dalam tangan kita je.....

Cinta terpaksa: ermmmm..cinta macam ni...biasanya org yang menghadapinya adalah orang yang berperwatakan menarik hingga ada orang berani meluah perasaan cinta padanya....dan dia tak berani menolak kerana kesian....kalau hadapi situasi begini....jangan bagi harapan dan berterus terangla pada orang tersebut.....jangan patahkan hati mereka...tapi kalau belajar mencintai, sedikit demi sedikit, penulis rasa cinta itu boleh hadir...terserahlah pada hati...kerana hati berhak memilih siapa dihatinya...dan cinta tidak semestinya memiliki....

Cinta jarak jauh: cinta macam ni sebenarnya bagus jugak sebab boleh mengelakkan maksiat....tapi jiwala terseksa sebab rindu si dia...pandai2lah manage dengan si dia supaya sentiasa setia dan menjaga hubungan dengan baik...yang bestnya cinta ni, kalau dah berjumpa dengan si dia, feeling dia lebih sikit....akan menghargai masa bersama lebih dari orang yang selalu berjumpa...

Cinta kerana Tuhan: cinta inilah yang penulis cari...tapi tak jumpa lagi....:(:(:(......cinta kerana Tuhan adalah dia mencintai si dia kerana dia ingin berjuang bersama-sama dalam mengejar cinta Illahi....mahu belajar menggalas tanggungjawab dan memimpin bahtera perkahwinan dengan baik...dengan kata lain cinta seiman....biasanya orang yang mencari cinta kerana Tuhan, dia menjaga pasangannya dengan baik termasukla menjaga batas pergaulan kerana dia mahu pasangannya sentiasa suci sehinggala dia halal untuk menyentuhnya.....dia juga akan menjaga kehormatan pasangannya...dia jarang berhubung tapi dia tetap ambil berat pada kekasihnya...sebelum dia mahu menjalinkan hubungan dengan si dia, dia berjumpa dengan keluarga si dia untuk minta izin...dan sekejap sahaja ambil masa untuk mereka berkahwin kerana tidak betah jalinkan hubungan tanpa ikatan.....dan sewaktu bercinta, mereka berkongsi soal ketuhanan dan memasang cita-cita yang sama untuk mencari keredhaan Tuhan dan membantu dalam perjuangan islam....penulis juga ingin begitu....penulis ingin mencari pasangan yang sudi berjuang bersama-sama penulis dalam mengejar cinta Illahi, menerima penulis apa adanya penulis, menjaga hubungan dengan baik dan niat untuk bercinta adalah hanya kerana Allah....sMOGA kita semua dapat bertemu dengan cinta yang kita inginkan dan diredhai Allah...amin...amin...amin37x...

Tuesday 28 August 2012

Mari memahami sistem badan



Kawan-kawan faham tak apa yang diterangkan pasal otak kita ni?....kalau lihat dalam diagram, kita guna 5% sahaja apabila di alam sedar....tetapi kita mampu guna 95% di dalam alam bawah sedar kita....tapi tak ramai yang mampu guna alam bawah sedar...penulis sendiri pun tak berapa mampu...yang penulis tahu sedikit sebanyak..ketika di alam bawah sedar...kolbu kita juga digunakan...memandangkan kolbu kita boleh beri 88% tenaga pastilah ia boleh gerakkan otak kita semaximum yang mungkin....kalau waktu itu mungkin kita merasakan magik pada diri kita...kerana ia terlalu hebat dan sukar digambarkan...pada zaman nabi, nabi dan sahabat2 nabi menggunakan kolbu mereka sepenuhnya apabila sedang beibadah kepada Tuhan hingga menampakkan kekeramatan dan kehebatan para Nabi dan sahabat2 Nabi hingga mereka mampu mengalahkan musuh islam yang ramai...ini kerana mereka gunakan kolbu mereka dan meminimumkan pergunaan otak mereka kerana otak masih boleh dikawal syaitan...hati yang telah dimasukkan kalimah Allah tidak boleh ditembusi syaitan...haruslah mencari metode untuk nyalakan kolbu kita....mari saya huraikan sistem badan kita...

Hati atau Kolbu: tempat yang paling digemari syaitan sejak kita lahir lagi...syaitan sangat suka menguasai kolbu kita dan disinilah boleh memberi punca fizikal kita sakit...tak kisahla sakit yang boleh nampak atau yang tak boleh nampak...kerana kolbu kita adalah raja...kalau raja sakit...pasti seluruh pimpinannya lemah....disebabkan itu, dengan memulihkan kolbu, kita boleh menyembuhkan cancer, leukimia, ketumbuhan dan macam2 lagi sakit berat...malah HIV juga boleh sembuh....Kolbu kita hanya mampu dibersihkan dengan memasukkan kalimah Allah dengan menggunakan methode yang betul dan benar sesuai dengan tuntutan islam....mengabungkan kolbu kita atau rohani kita dengan rohani Rasulullah pasti kita menang dalam melawan syaitan kerana Rohani Rasulullah adalah maha menang dan infinity...kalau digabungkan rohani kita yang kotor  dan 0 pasti kita juga mendapat ketidakhinggaan (infinity)...

Otak: ini memang orang suka sangat pakai....dan suka paksa diri untuk menggunakan kuasa otak hingga maksimum....disinilah punca stress dan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan....bila kita force otak kita untuk bekerja lebih dari kemampuan otak kita, otak boleh jadi panas...dan boleh menyebabkan emosi terganggu...memandangkan dunia sekarang semakin mencabar, ramai yang menghadapi stress terutamanya orang yang bekerja keras....apatah lagi pulang ke rumah...dengar isteri beleber dan menghadapi kerenah anak2...cepat penuaan berlaku.....dan disini juga punca serangan sakit jantung oleh kerana overpressure....otak boleh digunakan dengan baek kalau kita tahu cara yang betul...dan otak boleh diibaratkan general...dialah yang memimpin anggota badan untuk berkerja setelah mendapat arahan dari hati (raja)....sihat hati kita...sihatlah otak kita....senang sangat kalau nak tengok seseorang itu tenang....dengan melihat cara dia menjalani life dia dan cara dia berfikir sudah boleh melihat bagaimana keadaan hatinya....kasihan pada orang yang bekerja professional....kerana ada sesetengahnya menggunakan otak mereka over the limit dan jauhkan hati mereka dari Allah dek kerana kesibukan kerja....adakah kita hidup untuk menjadi hamba kerja???...luangkanlah masa untuk Tuhan....kerana Allah bersabda,"Apabila kau kerjakan satu kerjaKU, KU kerjakan 100 kerja mu".....so berhentilah stresskan kehidupan anda...jalani dengan tenang dan corakkan ia dengan yang indah2....pasrahlah pada Tuhan....

Jasmani dan Fizikal: ini diibaratkan askar...anggota badanlah yang mengerakkan segala aktiviti dalam hidup kita....kalau otak dan hati sihat...pasti anggota badan kita sihat...dan syaitan juga boleh mengganggu anggota badan kita kerana mereka boleh masuk dalam salur darah kita dan mengundang pelbagai penyakit seperti kemalasan, mudah marah, keletihan, kelesuan, sengal2 sendi yang menghalang untuk kita beribadat kepada Allah...jangan disayangi penyakit kita...cepat2 buang sebelum ia menjadi barah....sementara jasmani dan fizikal kita masih kuat...gunakalah sepenuhnya untuk berTuhan...pasti hidup menjadi lebih gembira dan tabah dalam menghadapi ujian Allah....

Nur Muhammad



selamat pagi semua kalau yang baca tulisan ni pagi2la....seMOga hari anda sentiasa bercahaya...pernah dengar kisah Nabi Adam tak... mari kita selami apa yang tersembunyi di dalam kisah Nabi Adam..

seperti yang kita tahu...Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan oleh Allah dan baginda diangkat menjadi pemimpin.....semua malaikat sujud padanya kecuali syaitan....pernahkah kita bertanya kenapa malaikat sujud pada manusia??apa istimewanya Nabi Adam....kalau manusia sudah diciptakan waktu itu, adakah manusia akan sujud pada Nabi Adam??....mengikut pandangan saya haruslah manusia sujud kerana malaikat yang lebih tinggi pangkatnya dari kita pun sujud...kalau tidak sujud bermakna kita tergolong dalam golongan jin dan syaitan...Nabi Adam adalah insan terpilih....sewaktu Tuhan ciptakan Adam, Allah masukkan cahaya Nur Muhammad, nur ala nurin nur muhammad (cahaya diatas cahaya) didalam kolbu Nabi Adam...dengan kata lain Tuhan memasukkan cahaya Nur Allah....jadi bukan malaikat sujud pada fizikal Nabi Adam...malaikat sujud pada rohani Nabi Adam kerana disana ada Nur Allah...kenapa pula Nur Allah dinamakan Nur Muhammad??? Allah bersabda, NurKU adalah Nur Muhammad kerana nabi terakhir  dan terulung adalah Muhammad..maka lengkaplah islam di zaman baginda....pernah anda terfikir adakah Nur Muhammad hanya ada pada Nabi Adam....Nur Allah tidak akan pernah hilang...ia kekal abadi....setelah Nabi Adam wafat...Nur Allah akan berpindah ke Nabi Idris seterusnya Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim hinggalah ke Rasulullah kita, Nabi Muhammad....dan sepanjang zaman Nabi, ajaran islam itu diupgrade hingga ia menjadi sempurna seistilah Tuhan....

tetapi setelah Nabi Muhammad wafat...adakah sudah tiada lagi Nur Muhammad???pastilah tidak...rohani Rasulullah tidak akan pernah mati....walaupun islam sudah sempurna, tetapi haruslah ada pemimpin yang meneruskan perjuangan Rasulullah....oleh itu, pastilah rohani Rasulullah dimasukkan ke dalam rohani Wali Allah, khalifah Allah dan pewaris ilmu Rasulullah hingga hari kiamat...ajaran islam yang benar pasti dilindungi Allah dan tidak akan berubah sepanjang zaman....Nabi Muhammad pernah berpesan sebelum Baginda wafat, " ku hadiahkan 2 guni ilmu untuk umatku... 1 guni untuk semua lapisan agama....semua penganut boleh memahami ilmu yang ada didalam itu....1 guni lagi ku hadiahkan kepada umat2 ku yang hatinya mencari Tuhan, yang diberi petunjuk, insan terpilih.." menurut pendapat anda wajibkah kita mencari siapa pewaris ilmu Rasulullah dan pemilik Rohani Rasulullah??pastilah wajib kerana Nabi Muhammad meninggalkan kita beratus-ratus tahun hingga kita tidak akan mampu kita kenal siapakah Nabi Muhammad sebenarnya...tetapi Rohani Rasulullah tidak akan pernah mati. "sesungguhnya cahayaKU bersembunyi di dalam terang"...adakah kita hanya patut menunggu hidayah itu datang dari Allah...sombongnya kita....Allah nak ke bagi hidayah pada orang yang tak berusaha....hidayah bukan dinanti tapi harus dicari...Tuhan melihat usaha kita dalam mencariNYA dan mengenaliNYA.....sudah pasti dalam kita mencari hidayah Allah, kita diuji dan dihalang kerana Allah mahu menguji sejauh mana keazaman kita dalam mencari redhaNYA....dan sudah pasti syaitan akan cuba sedaya upaya mengagalkan usaha anak cucu Adam untuk dekatkan diri pada Tuhan....pedulikanlah kata2 orang yang melemahkan semangat anda...carilah Wali Allah, penerus ilmu Rasullullah sementara masih diberi peluang menyiapkan diri untuk akhirat kita...walau orang sekeliling menganggap kita sesat, biarlah Tuhan saja yang menilai sejauh mana keikhlasan hati kita dalam berTuhan...kerana "islam itu awalnya asing dan akhirnya asing....beruntunglah dikatakan orang asing"...jangan ditunggu hingga usia kita sudah tua baru mahu mencari Tuhan kerana mungkin anda terlambat...dan ajal itu tidak mengira usia....kalau didunia tidak kenal Tuhan, pasti setelah mati tidak akan ke temu Tuhan...dari apa yang saya belajar, ketika menghadapi sakaratulmaut, ada beberapa orang yang akan menjelma, syaitan pun boleh, jin pun boleh, malaikat pun boleh dan yang paling istimewa Allah pun boleh menjemput kita....tapi kalau kita tak kenal siapa Tuhan kita, macamana kita nak ikut Tuhan apabila dijemput Tuhan...apatah lagi syaitan boleh menjelma pelbagai rupa....ada hadis mengatakan, "kenal sama malaikat dahulu pasti boleh mengenal Tuhan"....kalau ikut logik ada benarnya hadis ini...kalau nak jumpa pemimpin kita, Najib pun banyak prosedur...kta pergi office dia, arrange time dengan PA or setiausaha dia...barulah dapat jumpa..tu pun kalau dia nak jumpa....kalau dengan Tuhan macamana pula???haruslah juga kita kena ikut prosedur Tuhan....bukan senang nak jumpa Tuhan...Nabi sendiri kenal Jibrail dahulu, menaiki buroq, barulah dapat ke temu Tuhan...kita bagaimana pula....bukankah kita harus mengikut Rasulullah kita sebab kita kan umat baginda...so kenala cari jibrail jugak dan kenala cari buroq jugak nak ketemu Tuhan....haruslah kita mencari dan dalami siapakah Jibrail dan apakah Buroq itu....sungguh islam itu sangat halus...dan bahasa kiasannya sangat tinggi...memang tidak boleh menggunakan otak kerana otak hanya mampu beri kuasa 12%....mungkin boleh jadi gila...tetapi kalau menggunakan hati (kolbu) yang 88% pasti dapat memahai apa yang dikiaskan Tuhan pada kita....marilah mencari dimana letaknya kolbu kita dan marilah mencelikkan hati kita..."matikanlah dirimu sebelum dimatikan sebenar-benarnya mati"....kalau dengan erti lain...matikanlah otakmu dan celikkan hatimu...sebelum rohani dan jasad mu benar-benar mati.....renung-renungkan...

Monday 27 August 2012

Mari kita kenal siapa sahabat syaitan dan siapa musuh syaitan



       

agak2 kita ni golongan yang mana ye????tak kisahla siapa pun anda dan macamana pun life anda, saya doakan dalam hati anda semua ada Tuhan. untuk tulisan ini saya ingin share cerita nabi zakaria pula...sMOGA dapat hayati kisah ini..

Nabi Zakaria sentiasa beribadat kepada Tuhan....dan suatu hari ada seorang yang datang kepadanya sewaktu Baginda beribadat.. lalu baginda berkata, " apa yang kau mahu syaitan...kenapa kau menjelma sebagai manusia??" lalu syaitan menjawab, " hebat kau Zakaria kerana tahu aku adalah syaitan....aku boleh meniru semua wajah manusia kecuali wajah wali mursyid atau kekasih Allah....kerana kau sudah tahu rahsiaku...kau boleh tanya padaku satu soalan..." Nabi Zakaria berfikir sejenak lalu berkata," kalau begitu beritahu aku siapa sahabat mu dan siapa musuh mu??"...lalu syaitan menjawab, " sahabatku adalah orang yang beriman yang sentiasa beribadat tapi tidak pernah mencari siapa Tuhannya dan memahami ibadat yang mereka lakukan....dan musuhku adalah orang yang sentiasa berhibur, jauh dari Tuhan, jarang beribadat pada Tuhan, tapi jauh dihatinya, dia mencari siapa Tuhannya dan mencari keikhlasan dalam amalannya."...Nabi Zakaria merasa hairan tapi baginda faham akan penjelasan syaitan itu...

kawan2 faham ke maksud yang ingin disampaikan disini...sememangnya syaitan suka bersahabat dengan orang yang sentiasa beribadat kerana syaitan juga golongan yang rajin beribadat pada Allah....sejarah syaitan sebelum dibuang dari syurga adalah malaikat Tuhan yang paling rajin beribadat pada Tuhan....syaitan yang paling rajin dan patuh pada Tuhan hingga syaitan merasakan dia paling hebat dan paling disayangi Allah. dan ketika Allah menyuruh semua malaikat sujud pada Nabi Adam, syaitan enggan untuk sujud kerana dia merasakan dia lebih hebat dari Adam apatah lagi dia dicipta dari api sedangkan Adam dicipta oleh tanah...kerana kesilapan syaitan itu, dia dibuang pangkat sebagai malaikat dan dibenci Tuhan.....sedar tak kita sangat beruntung kerana kita adalah makhluk yang palaing disayangi Allah...kalau kita melakukan dosa, kita masih berpeluang untuk mendapat ampunan dari Allah....lihatlah syaitan, hanya satu kesilapan, syaitan terus dibuang dari syurga....sMoga kita tidak tergolong sebagai sahabat syaitan apatah lagi hamba syaitan....sia-sialah amalan kita kalau kita melakukan ibadat hanya kerana ia disuruh oleh Allah....kalau niat kita begitu, itu bermakna kita merasakan terpaksa melakukan ibadat...carilah keikhlasan dalam beribadat kerana kita akan dapat merasa nikmat yang sukar digambarkan oleh perkataan... hanya yang merasainya yang mampu memahami...bila keikhlasan itu hadir, pasti air mata kita senang untuk mengalir dek keindahan Cinta ILLAHI....bak kata pepatah," orang yang tak berilmu adalah orang mati, orang yang berilmu tapi tak mengamalkannya adalah orang tidur, orang yang beramal tapi tak ikhlas adalah orang yang rugi dan orang yang ikhlaslah yang dipandang Tuhan" so marilah kawan2, kita mencari keikhlasan dalam setiap amalan kita...walau kita masih belajar untuk menyempurnakan setiap ibadat kita, hadirkanlan keikhlasan dalam diri....sesungguhnya ia akan memberi impak yang positif dalam diri dan hidup menjadi lebih tenang dan tenteram....

kerana syaitan itu bekas malaikat dan belajar disyurga, sudah pasti ilmunya sangat tinggi dan sudah pasti kita tak mampu melawannya tanpa pertolongan Tuhan....so pasrahlah pada Tuhan.....niatkanlah segala ibadah kita hanya kerana Allah bukan kerana nak dapatkan perlindungan atau dapat hajat sesuatu....maaf kalau saya sedikit mengkritik....saya lihat semakin hari saya lihat ramai orang islam suka menghukum orang laen....kalau lihat saja orang berpakaian tak senonoh atau berperangai buruk, terus melabelkan orang tersebut adalah orang yang tak baek dan tak dipandang Tuhan....siapa kita untuk judge diri orang laen....kerana kita tidak tahu apa yang ada dihatinya....semakin kita suka menjga tepi kain orang dan suka menjatuhkan hukum pada seseorang, semakin sombong dan bongkak diri kita dan secara automatik diri menjadi jauh dari Tuhan.... Allah juga tidak suka kita membenci sesama kita kerana islam itu mengajar kita berkasih sayang....ikhlas saya katakan saya lebih suka berdamping dengan orang yang kalau dipandang orang boleh dianggap sampah masyarakat atau buruk perangainya...saya pernah kenal orang yang ada HIV, pernah melacurkan diri, pernah maen perempuan, org yg suka berpakaian sexy dan sebagainya....dan saya dapati hati mereka lagi lembut dari orang2 yang selalu berita tentang syariat islam...mereka tidak pernah merasakan diri mereka sempurna, mereka sedar mereka hina disisi Tuhan dan mereka tetap mencari keredhaan Tuhan walau caranya sedikit berbeza....kalau saya bercerita tentang ketuhanan pada mereka pasti mata mereka berkaca seperti merindukan kasih dari Allah....sungguh waktu itu saya merasakan golongan2 ini lebih dipandang Tuhan kerana hatinya lebih lembut dalam mencari cinta Tuhan....dan yang paling pasti marilah kita semua mengenali diri masing2, kenali baik dan buruk kita dahulu sebelum kita melihat keburukan orang lain....ubahlah persepsi kita pada orang yang masih belum merasakan nikmat beribadat pada Tuhan....

Kisah Imam Ghazali Yang Jarang Diceritakan



Maafkan saya kerana terlalu lama tinggalkan blog ni kerana terlalu focus pada perjuangan final year in chemical engineering. Alhamdulillah hati ini kembali semangat untuk mencoretkan tentang ketuhanan walau diri ini masih cetek ilmunya dan masih mencari kebenaran islam itu. Untuk hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang disebalik kehebatan imam ghazali.

seperti yang kita semua tahu imam ghazali adalah imam yang terkenal di dunia ini hingga ramai yg mengamalkan apa yang diamalkan oleh Beliau. saya juga turut kagum dengan beliau dan saya menkaji sedikit demi sedikit tentang imam ghazali. ada dua carita saya ingin kongsi.

Di zaman imam ghazali, Beliau sangat terkenal disebabkan ilmunya yang tinggi dan keperibadiannya yang hebat. Pada suatu hari, Imam Ghazali menjadi imam untuk solat zuhur (saya tak berapa pasti solat apa sebenarnya) untuk jemaah yang sangat ramai seperti kebiasaannya. adik beliau juga turut sama menjadi jemaah. Di pertengahan solat adiknya tiba-tiba keluar dari saf jemaah yang sedang solat dan terus pulang ke rumah. Adiknya solat kembali dirumah. apabila Imam Ghazali pulang ke rumah, beliau memarahi adiknya kerana memalukannya. lalu adiknya menjawab, " kenapa saya harus ikut solat sedang kan abang memimpin solat dengan fikiran berfikir tentang perempuan, pasti solat itu tidak diterima Tuhan" Imam Ghazali sangat terkejut bagaimana adiknya tahu apa yang difikirannya sewaktu beliau solat. Imam Ghazali mengaku yang dia memang sedang fikir tentang  perempuan yang berhaid kerana beliau sedang menulis tentang  perkara tersebut. Imam Ghazali lalu berkata, " ternyata ilmumu lebih hebat dariku. bolehkah aku belajar denganmu bagaimana mahu mendapat solat kusyuk"...dan akhirnya imam ghazali belajar tasawuf dengan adiknya..

Di sini sebenarnya ada banyak pengajaran. seperti yang kita tahu Imam Ghazali sangat tinggi ilmunya tentang syariah islam. namun beliau masih tidak dapat focus didalam solat. Ini kerana syariat islam adalah undang-undang dan peraturan untuk setiap amalan yang disuruh didalam islam. dengan erti lain syariat islam adalah theory semua tentang islam. tetapi di tasawuf, kita belajar memahami setiap amalan yang disuruh oleh Tuhan kita. Tasawuf boleh iibaratkan aktiviti praktikal atau seperti kita membuat uji kaji didalam lab untuk mendapat result yang bagus. di tasawufla kita belajar memahami dan membaiki setiap amalan kita hingga hati kita benar-benar ikhlas kepada Tuhan dalam setiap amalan yang dilakukan. seperti yang saya pernah kata,   " Islam itu ilmiah dan amaliah". Kalau hanya mengamalkan syariat islam belum lengkap islam kita kerana kita hanya belajar theory, belum faham lagi praktikalnya. sia-sialah amalan kita kalau kita tidak faham apa yang kita amalkan selama ini. sMoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.

Satu kisah lagi tentang Imam Ghazali. Imam Ghazali pernah bermimpi tentang kematiannya. dalam mimpi tersebut, beliau dihisab dan segala amalannya dihitung. segala amalan baeknya termasuk, solat, zikir, sedekah dan sebagainya ditolak oleh Allah dan segala dosa2 yang dilakukan oleh beliau diterima Tuhan. dan hanya satu amalan yang diterima oleh Allah, iaitu beliau pernah biarkan kopinya dihirup oleh lalat hinggalah lalat tersebut kenyang kerana hanya amalan itu yang beliau ikhlas melakukannya. Imam Ghazali bangun dari tidur dengan penuh syukur kerana masih diberi peluang untuk membaiki amalannya. kalau itu memang kematiannya sudah pasti beliau masuk neraka. Cuba anda fikir, bagaimana pula diri kita, orang sebaik imam ghazali pun amalannya tidak diterima Tuhan???

Daripada kisah Imam Ghazali, sedarlah wahai kawan-kawan bahawa Tuhan itu memandang keikhlasan hati hamba-hambaNYA. untuk menghadirkan keikhlasan dalam diri butuh waktu yang panjang kerana untuk kita ikhlaskan hati untuk Tuhan memang ambil masa...kebanyakan orang masih ada sifat keakuan dalam dirinya yang menghalang mereka ikhlas. sedarla, orang islam adalah orang yang berserah totally pada Tuhan. adakah kita sebenar-benarnya orang islam???sebenarnya untuk menhadirkan keikhlasan dalam diri pada Tuhan sangat mudah kalau kita merendah dan sudi untuk belajar tentangnya. sebelum belajar ikhlas kerana Tuhan, wajiblah kita mengenal siapa Tuhan kita sebenar-benarnya. kita selalu je baca doa iftitah di awal solat kita. tapi faham tak maksud dia. sebenarnya doa iftitah doa kita pada Tuhan supaya diberi solat yg kusyuk. pada ayat "wajahtu wajhiya lillazi fatarossama wa tiwal ardd" sudah diberi petunjuk mengenal Tuhan. Maksud ayat itu," ku hadapkan wajah ku kepada wajahMU pemilik langit dan bumi". wajah siapa yang kita harus hadap atau kita harus hadirkan???pernah tak tertanya2 dalam diri? harus diingat wajah yang hadir ketika solat itulah yang menjadi sembahan kita. kalau teringat wajah mak, sembah mak...kalau ingat wajah kekasih sembah kekasih...kalau ingat wajah anak sembah anak...kalau ingat dinding warna putih...sembah dinnding..kalau ingat sejadah warna apa...sembah sejadah...dan syaitan itu pandai mengagalkan solat kita. so apa yang kita hadirkan didalam solat?????? kerana semua wajah boleh ditiru syaitan kecuali wajah wali mursyid yang mujaddid pemilik nur muhammad dan pewaris ilmu rasulullah...

ini pengalaman penulis... saya sendiri sedang belajar mengikhlaskan diri dalam berTuhan dan pastilah banyak kekhilafan dalam diri saya. semakin saya mengenali siapa diri saya, saya merasakan lebih dekat dan kenal Tuhan saya. dulu saya tidak tahu mencintai Allah. kini tidak dapat digambarkan betapa saya mencintai Tuhan saya hingga saya sanggup mati tanpa Tuhan bersama saya. Saidina Ali pernah berkata, " aku tidak mengejar pahala, lemparlah aku dimana saja yang Engkau mahu sama ada di syurga atau neraka, asalkan aku dapat CINTAMU TUHANKU". begitu dalam cinta Saidina Ali pada Tuhannya. dan kini saya juga merasakan begitu... saya akan berusaha dalam mengikhlaskan diri dalam setiap amalan saya. cukuplah suatu hari nanti saya dipakai Tuhan untuk mengembalikan kegemilangan islam dimata dunia. "Janganlah Kau matikanku Tuhan sebelum ku siapkan misiku"......Allah itu sangat menyayangi manusia dan disebabkan itulah manusia adalah sebaik-baik ciptaan...hargailah kasih sayang Allah....jangan terus-terusan jauh dari Tuhan...jangan terus-terusan menghukum orang laen dan merasakan diri sudah benar....sentiasalah mengkaji diri kita kerana ada hadis mentadakan " kenali dirimu rata-rata pasti kamu kenal TUHAN yang amat nyata" seMOGA kita semua diberi peluang untuk mengenali PENCIPTA kita sebenar-benarnya hingga cinta kita pada Tuhan sangat utuh dan tidak dapat diatasi oleh siapapun....amin...amin...amin