Monday 27 August 2012

Kisah Imam Ghazali Yang Jarang Diceritakan



Maafkan saya kerana terlalu lama tinggalkan blog ni kerana terlalu focus pada perjuangan final year in chemical engineering. Alhamdulillah hati ini kembali semangat untuk mencoretkan tentang ketuhanan walau diri ini masih cetek ilmunya dan masih mencari kebenaran islam itu. Untuk hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang disebalik kehebatan imam ghazali.

seperti yang kita semua tahu imam ghazali adalah imam yang terkenal di dunia ini hingga ramai yg mengamalkan apa yang diamalkan oleh Beliau. saya juga turut kagum dengan beliau dan saya menkaji sedikit demi sedikit tentang imam ghazali. ada dua carita saya ingin kongsi.

Di zaman imam ghazali, Beliau sangat terkenal disebabkan ilmunya yang tinggi dan keperibadiannya yang hebat. Pada suatu hari, Imam Ghazali menjadi imam untuk solat zuhur (saya tak berapa pasti solat apa sebenarnya) untuk jemaah yang sangat ramai seperti kebiasaannya. adik beliau juga turut sama menjadi jemaah. Di pertengahan solat adiknya tiba-tiba keluar dari saf jemaah yang sedang solat dan terus pulang ke rumah. Adiknya solat kembali dirumah. apabila Imam Ghazali pulang ke rumah, beliau memarahi adiknya kerana memalukannya. lalu adiknya menjawab, " kenapa saya harus ikut solat sedang kan abang memimpin solat dengan fikiran berfikir tentang perempuan, pasti solat itu tidak diterima Tuhan" Imam Ghazali sangat terkejut bagaimana adiknya tahu apa yang difikirannya sewaktu beliau solat. Imam Ghazali mengaku yang dia memang sedang fikir tentang  perempuan yang berhaid kerana beliau sedang menulis tentang  perkara tersebut. Imam Ghazali lalu berkata, " ternyata ilmumu lebih hebat dariku. bolehkah aku belajar denganmu bagaimana mahu mendapat solat kusyuk"...dan akhirnya imam ghazali belajar tasawuf dengan adiknya..

Di sini sebenarnya ada banyak pengajaran. seperti yang kita tahu Imam Ghazali sangat tinggi ilmunya tentang syariah islam. namun beliau masih tidak dapat focus didalam solat. Ini kerana syariat islam adalah undang-undang dan peraturan untuk setiap amalan yang disuruh didalam islam. dengan erti lain syariat islam adalah theory semua tentang islam. tetapi di tasawuf, kita belajar memahami setiap amalan yang disuruh oleh Tuhan kita. Tasawuf boleh iibaratkan aktiviti praktikal atau seperti kita membuat uji kaji didalam lab untuk mendapat result yang bagus. di tasawufla kita belajar memahami dan membaiki setiap amalan kita hingga hati kita benar-benar ikhlas kepada Tuhan dalam setiap amalan yang dilakukan. seperti yang saya pernah kata,   " Islam itu ilmiah dan amaliah". Kalau hanya mengamalkan syariat islam belum lengkap islam kita kerana kita hanya belajar theory, belum faham lagi praktikalnya. sia-sialah amalan kita kalau kita tidak faham apa yang kita amalkan selama ini. sMoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.

Satu kisah lagi tentang Imam Ghazali. Imam Ghazali pernah bermimpi tentang kematiannya. dalam mimpi tersebut, beliau dihisab dan segala amalannya dihitung. segala amalan baeknya termasuk, solat, zikir, sedekah dan sebagainya ditolak oleh Allah dan segala dosa2 yang dilakukan oleh beliau diterima Tuhan. dan hanya satu amalan yang diterima oleh Allah, iaitu beliau pernah biarkan kopinya dihirup oleh lalat hinggalah lalat tersebut kenyang kerana hanya amalan itu yang beliau ikhlas melakukannya. Imam Ghazali bangun dari tidur dengan penuh syukur kerana masih diberi peluang untuk membaiki amalannya. kalau itu memang kematiannya sudah pasti beliau masuk neraka. Cuba anda fikir, bagaimana pula diri kita, orang sebaik imam ghazali pun amalannya tidak diterima Tuhan???

Daripada kisah Imam Ghazali, sedarlah wahai kawan-kawan bahawa Tuhan itu memandang keikhlasan hati hamba-hambaNYA. untuk menghadirkan keikhlasan dalam diri butuh waktu yang panjang kerana untuk kita ikhlaskan hati untuk Tuhan memang ambil masa...kebanyakan orang masih ada sifat keakuan dalam dirinya yang menghalang mereka ikhlas. sedarla, orang islam adalah orang yang berserah totally pada Tuhan. adakah kita sebenar-benarnya orang islam???sebenarnya untuk menhadirkan keikhlasan dalam diri pada Tuhan sangat mudah kalau kita merendah dan sudi untuk belajar tentangnya. sebelum belajar ikhlas kerana Tuhan, wajiblah kita mengenal siapa Tuhan kita sebenar-benarnya. kita selalu je baca doa iftitah di awal solat kita. tapi faham tak maksud dia. sebenarnya doa iftitah doa kita pada Tuhan supaya diberi solat yg kusyuk. pada ayat "wajahtu wajhiya lillazi fatarossama wa tiwal ardd" sudah diberi petunjuk mengenal Tuhan. Maksud ayat itu," ku hadapkan wajah ku kepada wajahMU pemilik langit dan bumi". wajah siapa yang kita harus hadap atau kita harus hadirkan???pernah tak tertanya2 dalam diri? harus diingat wajah yang hadir ketika solat itulah yang menjadi sembahan kita. kalau teringat wajah mak, sembah mak...kalau ingat wajah kekasih sembah kekasih...kalau ingat wajah anak sembah anak...kalau ingat dinding warna putih...sembah dinnding..kalau ingat sejadah warna apa...sembah sejadah...dan syaitan itu pandai mengagalkan solat kita. so apa yang kita hadirkan didalam solat?????? kerana semua wajah boleh ditiru syaitan kecuali wajah wali mursyid yang mujaddid pemilik nur muhammad dan pewaris ilmu rasulullah...

ini pengalaman penulis... saya sendiri sedang belajar mengikhlaskan diri dalam berTuhan dan pastilah banyak kekhilafan dalam diri saya. semakin saya mengenali siapa diri saya, saya merasakan lebih dekat dan kenal Tuhan saya. dulu saya tidak tahu mencintai Allah. kini tidak dapat digambarkan betapa saya mencintai Tuhan saya hingga saya sanggup mati tanpa Tuhan bersama saya. Saidina Ali pernah berkata, " aku tidak mengejar pahala, lemparlah aku dimana saja yang Engkau mahu sama ada di syurga atau neraka, asalkan aku dapat CINTAMU TUHANKU". begitu dalam cinta Saidina Ali pada Tuhannya. dan kini saya juga merasakan begitu... saya akan berusaha dalam mengikhlaskan diri dalam setiap amalan saya. cukuplah suatu hari nanti saya dipakai Tuhan untuk mengembalikan kegemilangan islam dimata dunia. "Janganlah Kau matikanku Tuhan sebelum ku siapkan misiku"......Allah itu sangat menyayangi manusia dan disebabkan itulah manusia adalah sebaik-baik ciptaan...hargailah kasih sayang Allah....jangan terus-terusan jauh dari Tuhan...jangan terus-terusan menghukum orang laen dan merasakan diri sudah benar....sentiasalah mengkaji diri kita kerana ada hadis mentadakan " kenali dirimu rata-rata pasti kamu kenal TUHAN yang amat nyata" seMOGA kita semua diberi peluang untuk mengenali PENCIPTA kita sebenar-benarnya hingga cinta kita pada Tuhan sangat utuh dan tidak dapat diatasi oleh siapapun....amin...amin...amin

No comments:

Post a Comment