Monday 27 August 2012

Mari kita kenal siapa sahabat syaitan dan siapa musuh syaitan



       

agak2 kita ni golongan yang mana ye????tak kisahla siapa pun anda dan macamana pun life anda, saya doakan dalam hati anda semua ada Tuhan. untuk tulisan ini saya ingin share cerita nabi zakaria pula...sMOGA dapat hayati kisah ini..

Nabi Zakaria sentiasa beribadat kepada Tuhan....dan suatu hari ada seorang yang datang kepadanya sewaktu Baginda beribadat.. lalu baginda berkata, " apa yang kau mahu syaitan...kenapa kau menjelma sebagai manusia??" lalu syaitan menjawab, " hebat kau Zakaria kerana tahu aku adalah syaitan....aku boleh meniru semua wajah manusia kecuali wajah wali mursyid atau kekasih Allah....kerana kau sudah tahu rahsiaku...kau boleh tanya padaku satu soalan..." Nabi Zakaria berfikir sejenak lalu berkata," kalau begitu beritahu aku siapa sahabat mu dan siapa musuh mu??"...lalu syaitan menjawab, " sahabatku adalah orang yang beriman yang sentiasa beribadat tapi tidak pernah mencari siapa Tuhannya dan memahami ibadat yang mereka lakukan....dan musuhku adalah orang yang sentiasa berhibur, jauh dari Tuhan, jarang beribadat pada Tuhan, tapi jauh dihatinya, dia mencari siapa Tuhannya dan mencari keikhlasan dalam amalannya."...Nabi Zakaria merasa hairan tapi baginda faham akan penjelasan syaitan itu...

kawan2 faham ke maksud yang ingin disampaikan disini...sememangnya syaitan suka bersahabat dengan orang yang sentiasa beribadat kerana syaitan juga golongan yang rajin beribadat pada Allah....sejarah syaitan sebelum dibuang dari syurga adalah malaikat Tuhan yang paling rajin beribadat pada Tuhan....syaitan yang paling rajin dan patuh pada Tuhan hingga syaitan merasakan dia paling hebat dan paling disayangi Allah. dan ketika Allah menyuruh semua malaikat sujud pada Nabi Adam, syaitan enggan untuk sujud kerana dia merasakan dia lebih hebat dari Adam apatah lagi dia dicipta dari api sedangkan Adam dicipta oleh tanah...kerana kesilapan syaitan itu, dia dibuang pangkat sebagai malaikat dan dibenci Tuhan.....sedar tak kita sangat beruntung kerana kita adalah makhluk yang palaing disayangi Allah...kalau kita melakukan dosa, kita masih berpeluang untuk mendapat ampunan dari Allah....lihatlah syaitan, hanya satu kesilapan, syaitan terus dibuang dari syurga....sMoga kita tidak tergolong sebagai sahabat syaitan apatah lagi hamba syaitan....sia-sialah amalan kita kalau kita melakukan ibadat hanya kerana ia disuruh oleh Allah....kalau niat kita begitu, itu bermakna kita merasakan terpaksa melakukan ibadat...carilah keikhlasan dalam beribadat kerana kita akan dapat merasa nikmat yang sukar digambarkan oleh perkataan... hanya yang merasainya yang mampu memahami...bila keikhlasan itu hadir, pasti air mata kita senang untuk mengalir dek keindahan Cinta ILLAHI....bak kata pepatah," orang yang tak berilmu adalah orang mati, orang yang berilmu tapi tak mengamalkannya adalah orang tidur, orang yang beramal tapi tak ikhlas adalah orang yang rugi dan orang yang ikhlaslah yang dipandang Tuhan" so marilah kawan2, kita mencari keikhlasan dalam setiap amalan kita...walau kita masih belajar untuk menyempurnakan setiap ibadat kita, hadirkanlan keikhlasan dalam diri....sesungguhnya ia akan memberi impak yang positif dalam diri dan hidup menjadi lebih tenang dan tenteram....

kerana syaitan itu bekas malaikat dan belajar disyurga, sudah pasti ilmunya sangat tinggi dan sudah pasti kita tak mampu melawannya tanpa pertolongan Tuhan....so pasrahlah pada Tuhan.....niatkanlah segala ibadah kita hanya kerana Allah bukan kerana nak dapatkan perlindungan atau dapat hajat sesuatu....maaf kalau saya sedikit mengkritik....saya lihat semakin hari saya lihat ramai orang islam suka menghukum orang laen....kalau lihat saja orang berpakaian tak senonoh atau berperangai buruk, terus melabelkan orang tersebut adalah orang yang tak baek dan tak dipandang Tuhan....siapa kita untuk judge diri orang laen....kerana kita tidak tahu apa yang ada dihatinya....semakin kita suka menjga tepi kain orang dan suka menjatuhkan hukum pada seseorang, semakin sombong dan bongkak diri kita dan secara automatik diri menjadi jauh dari Tuhan.... Allah juga tidak suka kita membenci sesama kita kerana islam itu mengajar kita berkasih sayang....ikhlas saya katakan saya lebih suka berdamping dengan orang yang kalau dipandang orang boleh dianggap sampah masyarakat atau buruk perangainya...saya pernah kenal orang yang ada HIV, pernah melacurkan diri, pernah maen perempuan, org yg suka berpakaian sexy dan sebagainya....dan saya dapati hati mereka lagi lembut dari orang2 yang selalu berita tentang syariat islam...mereka tidak pernah merasakan diri mereka sempurna, mereka sedar mereka hina disisi Tuhan dan mereka tetap mencari keredhaan Tuhan walau caranya sedikit berbeza....kalau saya bercerita tentang ketuhanan pada mereka pasti mata mereka berkaca seperti merindukan kasih dari Allah....sungguh waktu itu saya merasakan golongan2 ini lebih dipandang Tuhan kerana hatinya lebih lembut dalam mencari cinta Tuhan....dan yang paling pasti marilah kita semua mengenali diri masing2, kenali baik dan buruk kita dahulu sebelum kita melihat keburukan orang lain....ubahlah persepsi kita pada orang yang masih belum merasakan nikmat beribadat pada Tuhan....

No comments:

Post a Comment