Friday 15 March 2013

BFF really exist??


BEST FRIEND FOREVER.....is it really exist in my life??bila aku become a graduate student dan sedang melangkah ke alam career, kadang-kadang aku terfikir benarkah BFF exist. mungkin di alam persekolahan atau university kita ada bestfriend or gang yang sangat close dengan kita, tetatpi bila kita sudah tidak tinggal bersama dan jalani hidup masing2, perhubungan kita jadi renggang. kadang-kadang aku cemburu dengan lelaki, some of them jenis sangat setia pada friends. walau dah kahwin still hang out sama2. but girls, i'm not too sure. mungkin lebih focus pada kekasih hati... kat sini aku nak share sedikit histrory BFF in my life..secara jujurnya semua kawan2 yang pernah rapat dengan aku, aku tidak pernah lupa kenangan bersama mereka.

dari kecik sampai besar, aku sangat mudah mingles dengan orang disekelilingku. waktu aku berumur 5tahun hingga darjah 2, aku sangat rapat dengan Angah dan Ilyia. mereka berdua adalah jiran aku. pada awalnya Angah la kawan yang paling rapat, memandangkan dia selalu cari aku bila dia tengah sedih. tapi bila ktaorang dah start bersekolah, ktaorang dah tak kawan lagi sebab dia lelaki, pastilah dia lebih suka rapat dengan kawan2 lelaki. sejak itu aku makin close dengan Ilyia. so many things we shared together sampai darjah 6. kitaorang jadi renggang bila aku dah start masuk asrama. and now when we meet, we just smile and feel awkward to start conversation. tapi kenangan bersama Ilyia terumatanya waktu aku kecik dulu sangat indah.

waktu darjah 3, aku ada bestfriend. nama dia diana. dialah kawan baik pertamaku. ktaorang sangat close. semuanya buat bersama. rasanya aku makan kat kantin pun jarang pergi dengan orang lain. tapi, bila sekolah kompleks gong badak dibina, diana pindah sekolah. waktu tu aku sangat sedih. tapi, moment yang paling best masa tu kitaorang selalu berkirim surat. seronok sangat bila dia bagi surat kat aku. tapi lama-kelamaan ktaorang dah lupa pada diri masing2. Alhamdulillah, mungkin Tuhan taknak ktaorang putus begitu sahaja, raya tahun lepas aku jumpa dia balik. masa tu rasa nak menangis je. diana sangat cantik sekarang. aku bangga sebab dia  berubah menjadi gadis yang sangat baik.

masa aku berumur 12 tahun, aku ada 2 kawan baik. Siti Nurhafeezah dan Saiful. Siti adalah orang yang paling berjasa bagi aku. sampai sekarang aku masih berterima kasih pada siti kerana mengubah hidupku. pada aku darjah 3-5, aku memang malas belajar. walau berada di kelas pertama, aku selalu dapat nombor yang hampir2 last. saat aku berubah adalah darjah 6, hari pertama melangkah darjah 6, siti ajak aku duduk disebelahnya. siti, dari darjah satu hingga darjah 6 selalu dapat no 1. dia bijak sangat. dialah yang buat aku rajin belajar sampai aku dapat no 2 dalam seluruh darjah 6. kira hebat jugakla, dari aku dapat no 22 ke no 2. aku dan siti banyak wakil sekolah. sitilah yang buat aku jadi pelajar aktif. masa tu, siti jadi ketua pengawas perpustakaan perempuan dan aku ketua pengawas perempuan. rasanya kalau aku tak berkawan dengan siti, mungkin aku xdapat pergi MRSM. akhirnya ktaorang berjaya dapat 5A. both of us further study in MRSM but different MRSM. start pada tula ktaorang jadi renggang. walaupun pada tingkatan 4 dan 5, ktaorang berada diMRSM yang sama dan pernah sekelas, tapi ktaorang dah tak rapat. mungkin kami berdua sudah ada kawan rapat masing2. kalau siti terbaca tulisan ini, aku nak dia tahu yang aku sangat berterima kasih dengan dia kerana dialah yang buat aku sentiasa berjaya sampai sekarang. (thanks SITI aka FEEZAH for been my bestfriend when we at standard 6).

Saiful adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. ktaorang rapat dari kecik lagi. sejak 6tahun aku belajar fardhu ain bersama sampailah darjah 6. tapi bila ktaorang dah darjah 6, saiful dah start jadi matang sikit. dia dah start protect aku. aku rasa masa tu Saiful tahu semua baik dan buruk aku. sebab tu kot aku jadi manja dengan dia. dia selalu bersaing dengan aku, tapi tak pernah dapat mengugat no1 yang aku dapat.hehe. setiap weekend, ayah kami berdua selalu anta kami ke rumah nenek diseberang takir. dari situlah aku jadi sangat rapat dengan dia. apatah lagi waktu tu, abang2 aku dah masuk asrama. jadi aku banyak bermain dengan Saiful. ktaorang close sampailah ktaorang tingkatan 3. lepas tu ktaorang dah start buat hal masing2. kalau berjumpa ktaorang hanya bertanya kabar. 

TO BE CONTINUE


No comments:

Post a Comment