Friday 15 March 2013

BFF really exist???..episode 3


di zaman universiti, persahabatan jadi berbeza. mungkin kita semua mula belajar untuk matang. dan dari persahabatanla kita mencorak hidup kita. kta berdiri hari ini, sebahagiannya adalah hasil corakan dari persahabatan. di waktu universitilah sangat penting untuk mencari teman yang baik supaya kta tak berubah menjadi lebih buruk. persahabatan aku di universiti susah nak kekal lama dan sentiasa bertukar2 kerana masa dan jarak memisahkan kita. syukur aku masih dapat keep in touch dengan mereka.

melangkah masuk ke UTP, aku rapat dengan Zura dan Amalina. ktaorang belajar survive bersama2. pada masa yang sama, aku rapat juga dengan kawan2 yang seMRSM dengan aku terutamanya Fahmi. bila je result SPM keluar, banyak yang keluar UTP untuk sambung belajar di oversea. ini sangat terkesan pada aku, sebab Amalina dan Fahmi keluar dari UTP pada  waktu yang sama. sebenanrnya sedih sangat bila Amalina tinggalkan aku dan Zura. tiba2 rasa sunyi. yang Fahmi pulak tak farewell pun dengan aku. dia just anta satu surat yang beritahu dia dah keluar dari UTP dan say thanks for our friendship. tak tahu kenapa surat tu buat aku menangis. tapi sejak dari tulah, ktaorang lost contact. mungkin saat ni dia dah totally lupakan aku. pernah aku beritahu Zura yang aku nak keluar UTP, tapi zura cakap kat aku kalau aku keluar dia akan menyesal tak pergi sambung belajar dioversea. dari situla aku belajar untuk tabah dalam menghadapi perpisahan. lepas tu, datangla bella dalam persahabatan kami. ktaorang jadi happy balik sebab bella kelakar.

tapi aku sedih bila persahabatan ini berakhir bila aku jatuh sakit. dan aku realize, zura yang paling terkesan bila aku extend satu semester. zura banyak sangat berkorban untuk aku. aku rasa dia tolong aku sampai dia rasa penat bantu aku. budi baik zura sampai sekarang aku tak terbalas. aku syukur bila ipin temani zura masa aku tiada. sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah sangat. bila aku sambung semula belajar diUTP, banyak sangat cabaran yang aku terpaksa hadapi. masa tu aku berharap sangat, bella dan zura ada bersama aku. tapi lain pula jadinya. bella dan zura putus sahabat. dan aku blame diri aku, sebab kalau aku tak sakit, mesti persahabatan kami tak seteruk ni. tapi  aku cuba sedaya upaya aku untuk rapat dengan zura dan bella kembali. sampailah suatu hari zura cakap aku dah berubah bila masuk batch lain. waktu tu aku rasa sedih sangat sebab aku tahu zura takkan rapat lagi dengan aku. tapi because aku cause a lot of problems to her, aku salahkan diri aku kerana gagal menghargai pergorbanan dia terhadap aku. sorry sangat Zura.

bila aku tukar ke semester baru, aku roomate dengan Fatin Munirah. Fatin banyak ajar aku untuk berdikari dan tak terlalu depend on kawan. dan terima kasih juga untuk Jaar sebab support aku masa tu. Jaar sorang je yang dari batch aku yang dulu cuba untuk bantu naikkan semangat aku untuk terus belajar diUTP. mengenali Fatin membuat aku sedar yang aku tak matang sangat selama ni. so dari situ aku belajar untuk stand by my own dan jangan harap pertolongan orang lain. 

bila tamat foundation,  aku pindah hostel. dan dapat housmets yang sangat best. ktaorang sangat united masa tu. walau ada jugak babak2 pergaduhan, tapi ktaorang still hang out together. roomate aku masa tu Shaki banyak membantu aku. dan pada masa tu jugak, aku start bercinta. pada awalnya, setiap kali aku keluar dengan BF aku mesti ajak kawan2 aku sekali. dan start 2nd year , aku rasa aku terlalu focus pada BF aku sampai aku lupa pada housmet aku seperti gg, ifa, kat, soleh, shira, mira, ijah dan sya. akulah yang paling lambat update bila ada problem dirumah kami dek focus sangat pada BF ni. padahal dieorang selalu support aku.

habis internship, aku ada masalah dengan BF aku sampai ktaorang putus walau ktaorang dah merancang untuk kahwin. masa tu aku start rapat dengan soleh. soleh cakap dia tak sempat nak kenal aku sebab aku asyik keluar dengan BF. masa tu aku menyesal sebab tak appreciate sangat rakan hosmets aku. 

diUTP aku banyak habiskan masa dengan gg dan ifa. ktaorang selalu ke kelas together. tapi aku rasa aku xboleh lawan persahabatan gg dengan ifa. dan pada waktu yang sama, tanpa aku sedar aku makin rapat dengan soleh  sejak ktaorang asyik masak bersama-sama. waktu hari terakhir ktaorang bersama diUTP, aku menangis bila soleh pergi. mungkin sebab soleh banyak bagi nasihat kat aku. soleh, gg, ifa dan kat banyak mewarnai hidup aku kat UTP. tapi bila kami dah start career life, ktaorang dah start renggang. cuma gg yang sentiasa contact aku. mungkin persahabatan itu menjadi slow bila kta berjauhan. kalau dulu bila ada masalah, jari aku senang saja untuk sms atau chatting mereka semua, tapi sekarang tak tahu nak sms siapa untuk hilangkan rasa bosan. jauh dari hati aku, aku rindu sangat kat housemets aku, gg, ifa, soleh, shira, wani, putri dan banyak lagi kawan aku. aku harap bila aku kawin nanti dieorang dapat datang atau buat reunion bersama2. hang out dengan mereka semua adalah saat paling indah.

tapi sayang sangat bila persahabatan jadi renggang atau hilang begitu sahaja hanya disebabkan sudah tidak tinggal bersama lagi dan jalani hidup masing2. dan aku bersyukur, bila aku move on in my life, aku mesti berjumpa dengan sahabat baru yang mencorak hidup aku. contohnya, Huda. walau dia dah jauh dari aku dan dah berkahwin, dia tetap keep in touch dengan aku. bila aku sunyi, aku kenang balik, sebenarnya hidup aku penuh dicorakkan dengan persahabatan. cuma tidak dapat menjadi sentiasa close kerana semua dah start buat hal masing2 dan bertemu dengan sahabat2 baru di tempat baru. begitu juga aku....

hargailah persahabatan dan kenanglah mereka sentiasa didalam hati. pasti kita rasa bertuah kerana sebenarnya ramai yang menghargai kita sebagai seorang sahabat.

No comments:

Post a Comment