Thursday 4 April 2013

Tanda-tanda diri sedang mencari Tuhan


salam buat semua yang sudi membaca tulisan saya. SeMoga setiap tulisan saya sedikit sebanyak boleh memberi kesan pada hati pembaca semua. hari ini terdetik untuk saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu. berdasarkan pada tajuk tulisan hari ini, pada hakikatnya seluruh manusia di dunia ini sedang mencari Tuhan walau sejahat atau sebaik-baik manusia. pasti ada sedetik di hati merasakan rindu akan belas kasih Tuhan kerana memang lumrah alam setiap manusia memerlukan kasih sayang. dan rindu yang paling dalam dihati manusia adalah rindu pada Penciptanya.

seperti semua sedia maklum, hati adalah bahagian yang paling kompleks dan dialah raja anggota badan. jadi memang seharusnya semua orang harus menjaga hati masing-masing  dengan baik. tanda-tanda seseorang itu  sedang mencari Tuhan, biasanya berlaku pada insan yang hidupnya kurang sempurna, sangat jauh dari Tuhan atau dah lama meninggalkan suruhan Tuhan atau mereka yang sedang bersedih. mesti semua orang hairan kalau saya kata orang yang jahat lebih merindukan Tuhan. salah satu sebabnya, mereka sedar mereka terlalu hina disisi Tuhan dan dalam hati mereka tertanya-tanya adakah suatu hari nanti Tuhan boleh menerima mereka sedangkan mereka terlalu banyak meninggalkan suruhan Tuhan. itulah perasaan seorang yang merindukan Tuhan. berbanding orang yang sempurna, hidupnya sentiasa dipermudahkan, patuh pada suruhan Tuhan, mereka sedikit kurang merindukan Tuhan kerana merasakan Tuhan sentiasa ada bersama mereka. Dan mereka yang sempurna begini, lebih cenderung untuk melihat kesilapan/dosa/ syaitan orang lain berbanding syaitan sendiri.

teringat saya pada satu kisah Nabi... saya rasa itu kisah Nabi Zakaria..Baginda diberi peluang untuk bertanya soalan pada syaitan."wahai syaitan, siapakah sahabatmu dan siapakah musuhmu"..jawab syaitan,"sahabatku adalah orang yang sentiasa beribadah pada Tuhan dan musuhku adalah orang yang jauh dari Tuhan" mengikut sejarah islam, syaitan adalah bekas malaikat yang sangat patuh beribadah kepada Tuhan berbanding malaikat lain sehingga syaitan merasa dialah yang paling hebat dan dialah yang paling layak untuk menjadi ketua semua makhluk. dan apabila Allah menyuruh semua makhluk sujud pada Adam, syaitanlah yang paling marah hingga dia berjanji pada Tuhan yang dia ingin merosakkan anak cucu Adam. cuba selami diri, adakah kita begitu??rajin beribadah pada Tuhan, tapi tidak pernah ingin mencari apa mahuNya Tuhan dan kenapa Tuhan suruh beribadah...kita tanpa sedar akan menjadi robot apabila kita sibuk dengan dunia terutamanya orang yang berkerjaya kerana ibadah yang kita lakukan hanyalah dilakukan kerana ia wajib dan bukannya hadirkan ikhlas dalam ibadah. seMoga kita semua tidak beribadah seperti syaitan beribadah hingga diri merasa begitu benar daripada orang lain.

daripada penelitian saya pada orang sekeliling saya, orang yang berumur 18-45, paling banyak yang merindukan Tuhan. dengan dunia yang makin mencabar, semua orang inginkan perlindungan Tuhan. bagi orang muda yang berumur 18-30, mereka sedang mencari sebuah jawapan kenapa islam begini caranya. terlalu banyak mereka ingin tahu tentang Tuhan hinggakan hati mereka merasakan Tuhan itu begitu jauh. menangislah dan berdoalah supaya Tuhan memberi jalan untuk mengenaliNya kerana bila kita menangis hati kita lebih menguasai berbanding otak kita dan disitu lebih senang untuk berkomunikasi dengan Tuhan. dan memang menangis boleh melembutkan hati. bagi yang berumur 30-45, mereka pula mencari Tuhan kerana mereka terasa penat dengan jalan hidup mereka. perasaan rindu pada Tuhan itu sangat tinggi. Dan sebab itu, kalau mereka sudah jumpa jalan untuk dekati Tuhan, mereka bersungguh-sungguh mencari Tuhan kerana mereka sangat perlukan Tuhan.

dari kajian saya juga mengatakan banyak orang muda sekarang sedang mencari Tuhan kerana sedikit sebanyak mereka tidak berpuas hati pada syariah islam. dan memang lumrahnya, remaja memang suka mencari jawapan dan pada hakikatnya islam itu tidak sempurna kalau hanya bergantung pada syariah kerana islam itu ada 4 isi utama iaitu syariah, thariqat, hakikat dan makrifat.  sayang kalau hidup kita tidak mencari Tuhan kerana kita tidak tahu apa fungsi kita pada Tuhan. biarlah kita tinggalkan dunia ini dengan berbuat pada Tuhan. ada hadis mengatakan," kalau didunia tidak bertemu Tuhan pasti di akhirat juga tidak akan bertemu Tuhan". sayangkan hidup kalau tak sempat ke temu Tuhan.

oleh itu, marilah kita mencari jalan untuk ke temu Tuhan didunia ini. sungguh jalannya begitu indah. bercinta dengan Tuhan sangat indah, perasaan itu kekal abadi berbanding cinta pada manusia.kajilah diri sendiri pasti kita akan bertemu Tuhan yang hakiki.

GOD, i'm sorry if i thinking of You only when i sad,
GOD, i'm sorry if i'm not thank/appreciate what You gave to me,
GOD, i'm sorry if i forget You,
GOD, i'm sorry if i dont know how to love You,
and honestly,
GOD, i'm miss You,
GOD, i always need You,
GOD, i always want You to hear me and stay with me,
and because so many what i want from You,
GOD, i'm sorry for not finding a way to close with You,
and
GOD, i'm sorry for always be bad servant of You
but 
I know You always give what I need not what I want,
I just want to say I love You so much and I mean it.

No comments:

Post a Comment