Friday, 15 March 2013

BFF really exist??? episode 2


nak sambung tajuk sebelumnya. sebenarnya aku cerita history of my bestfriend supaya bila kawan2 aku terbaca tulisan aku ni,  aku nak dieorang tahu yang aku appreciate sangat persahabatan yang pernah terjalin. sambung balik kenangan manis masa lampau di MRSM.

hari pertama di MRSM YT BESUT, aku bertemu dengan Dayah. Dayah ini orang yang penting dalam hidup aku sampailah sekarang. ( to Dayah, gambar diatas tu, aku illustrate gambar kta berdua.. saranghaee Dayah) ktaorang jadi kawan sebab ibu kami berdua adalah kawan sekampung. Dayah tak pernah nangis masa tinggal diasrama. so aku inspired dari dialah. so sebab Dayahla aku dapat adapt tinggal diasrama. aku buang sikap manja sebagai anak bongsu, sebab aku nak jadi tough macam Dayah. sampai sekarang orang tak percaya aku ni anak bongsu sebab aku tak tunjuk perangai manja aku. kalau tunjuk rasanya, tak ada yang nak kawan dengan aku. tapi betullah kata pepatah, FAKE IT TILL MAKE IT. sebab aku selalu berpura2 tough, aku sekarang memang jadi seorang yang strong. aku dan Dayah sekolah bersama sampai tingkatan 5. tapi Dayah lagi senang cari kawan, dia lagi ramai kawan dari aku. mujurlah dia sudi lagi jadi kawan aku. bila MRSM YT BESUT di tutup, kami dipindahkan ke MRSM KUALA LIPIS. pada awalnya, Dayah rapat dengan Sa, so aku pun jadi rapat jugakla. ditakdirkan Sa dan aku sekelas pula bila di MRSM baru.

aku, Sa dan Dayah, rapat pula dengan Fatin, Syuk and Nana. so ktaorang jadi gang. waktu tu memang gang habisla. Sa masa tu sangat otai, so aku pun jadi otai. ktaorang nakal jugak disekolah. yang paling banyak kena rotan adalah aku dengan sa. tapi ada moment yang sangat sedih. memandangkan, sa, fatin, syuk dan nana sekelas, dayah rasa terpinggir dan dia mula jauhkan diri pada kami semua. waktu tu aku sangat sedih bila Dayah tak rapat dengan aku macam dulu. tapi lama2 aku jadi lupa sebab ktaorang berlima sangat rapat.

terlalu banyak kenangan manis masa aku ada gang. tapi rasanya, antara ktaorang berlima, aku rasa paling loser.. mungkin masa tu aku kurang keyakinan diri. mereka bereempatla yang ajar aku rapat dengan kawan2 lelaki. tapi aku sorang yang tak ada cinta monyet. loser gakla aku...hehe...tapi yang aku bangga, sa, patin, syuk dan nana selau cakap aku paling bijak. padahal aku bijak disebabkan dieorang. syuk dan fatin suka mengajar. aku pulak memang tak suka membaca. jadi aku sangat focus bila syuk dan fatin ajar ktaorang memandangkan aku selalu tidur bila dalam kelas. dan muncullah Laili dalam gang ktaorang. aku dah lupa macamana Laila rapat dengan ktaorang. tapi Laili pun seorang yang gila-gila membuatkan aku suka dia masuk dalam gang ktaorang. suatu hari Sa bermimpi tentang masa depan kami. ktaorang buat reunion pada tahun 2015 di MRSM kami dan bawa kekasih hati masing2. kata Sa, boyfriend aku rambut pacak dan jenis sangat macho. tak banyak cakap, tapi bila bercakap power. FYI, aku tak bertemu lagi lelaki macam tu dalam hidup aku. so mungkin aku tak jumpa lagi jodoh aku kot. so disebabkan itu ktaorang berdua berpakat akan buat reunion pada tahun 2015. tak tahulah jadi ke tak. fatin pun cipta motto untuk friendship ktaorang dari nama ktaorang. (SAYANG, FRIEND SHIP NEVER DIE, SFND), fatin siap tulis dekat baldi dia lagi. masa tu sweet sangat. boleh dikatakan aku ni memang tak boleh hidupla tanpa gang aku. tapi Tuhan lebih tahu apa yang aku perlukan.

habis je PMR, ktaorang pergi ke MRSM berbeza. Sa MRSM Jasin, Laili MRSM Pengkalan Chepa, aku MRSM Kuala Terengganu , syuk,nana dan fatin, MRSM Kota Putera. bila je aku melangkah ke MRSM baru, aku down sangat. apatah lagi rules kat situ tak sama dengan MRSM aku dulu. masa tu aku tertekan sangat sampai nak pindah MRSM. tapi tak jadi. masa tula, aku bertemu kawan baru iaitu Yati. aku panggil dia Darlie. Darlie ni different dari kawang2 aku yang lain. dia sangat lemah lembut dan dia sangat manja dengan aku. dia suka nyanyi kat aku dan bagi love letter kat aku. dia suka cartoon. so banyak dia lukis cartoon tentang aku dan dia. dialah yang buat aku nak stay kat MRSM tu. Darlie suka nyanyi lagu  Welcome to My Life dan lagu china kat aku. tapi ktaorang jadi renggang bila naik tingkatan 5 sebab berlainan dorm dan berlainan kelas. masa tu aku start busy sampai Darlie anta kad yang dia cakap dia sedih aku tak rapat dengan dia lagi. siap nyayi lagi Radja-Jujur. sedih sangat masa tu. tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk spent time dengan Darlie bila aku ada masa lapang. sebab aku sayang sangat kat Darlie ni,  dan sebab itu jugak, aku create email aku guna nama dia ngan aku, darlie_slum@yahoo.com.my.

di Tingkatan 5, Dayah jadi sekelas dengan aku dan end up Dayah duduk disebelah aku. masa tulah ktaorang jadi close balik. dalam kelas tu, ktaorang susun meja berkumpulan. ada Mira, Aida, Waniey, Ija, Dayah dan aku. so dari situ ktaorang jadi rapat sangat. aku jadi bijak pun sebab Mira selalu ajar aku. kawan sekelas aku ni bijak semuanya. aida, wani dan mira berjaya berlajar ke oversea. tapi ija, dayah dan aku pun berjaya jugak berlajar di malaysia ni. rasanya Mira dengan waniey dah jadi doktor kot. tapi sebenranya di MRSM Kuala Terengganu aku paling ada banyak kawan. kalau di dorm, aku rapat jugak dengan Nani, Fasha, Huda, Husni dan banyak lagi. tapi rasanya aku manja dengan Dayah. bila aku stress aku jumpa Dayah. Dayah tahu semua rahsia aku, kecuali satu rahsia yang hanya Huda dan Husni je tahu..sorry Dayah aku tak berani nak cakap aku ada minat kat seseorang masa tu...hehe

bila ktaorang dah habis SPM, aku tetap jumpa Dayah walau ktaorang berlainan universiti. balik kampung je mesti ajak dayah berjumpa. setiap tahun pasti aku gi raya umah Dayah. dan sejujurnya aku banyak beritahu semua kisah aku pada Dayah sebab aku tak pernah nampak Dayah berubah dan selesa dengannya. waktu aku sakit teruk pun, dayah tak pernah buang aku. aku terharu sebab Dayah still layan aku sama macam ktaorang di tingkatan 1. Dayah, aku paling sayang persahabatan kta. aku rasa aku mesti sangat sedih bila suatu hari nanti Dayah lupakan aku sebab Dayah adalah orang penting dalam hidup aku.(Dayah, you are the best)

aku juga tak akan lupakan gang SFND aku. thank to Fatin sebab buat group ktaorang kat FB. kalau tak mungkin ktaorang lost contact dah. tapi sayang, ktaorang xdapat jadi close macam dulu. mungkin semua orang ada hal masing2 dan mungkin aku sorang je kot terpinggir dalam gang aku. tapi aku tetap sayang mereka. tak lupa juga 2 orang kawan lelaki aku yang selalu datang beraya umah aku, Apek dan Adham. cuma Adham dah start renggang dengan aku. tak tahu kenapa. thanks to apek still be my best friend. tak adala sunyi sangat aku kat Perak. hehe

TO BE CONTINUE

BFF really exist??


BEST FRIEND FOREVER.....is it really exist in my life??bila aku become a graduate student dan sedang melangkah ke alam career, kadang-kadang aku terfikir benarkah BFF exist. mungkin di alam persekolahan atau university kita ada bestfriend or gang yang sangat close dengan kita, tetatpi bila kita sudah tidak tinggal bersama dan jalani hidup masing2, perhubungan kita jadi renggang. kadang-kadang aku cemburu dengan lelaki, some of them jenis sangat setia pada friends. walau dah kahwin still hang out sama2. but girls, i'm not too sure. mungkin lebih focus pada kekasih hati... kat sini aku nak share sedikit histrory BFF in my life..secara jujurnya semua kawan2 yang pernah rapat dengan aku, aku tidak pernah lupa kenangan bersama mereka.

dari kecik sampai besar, aku sangat mudah mingles dengan orang disekelilingku. waktu aku berumur 5tahun hingga darjah 2, aku sangat rapat dengan Angah dan Ilyia. mereka berdua adalah jiran aku. pada awalnya Angah la kawan yang paling rapat, memandangkan dia selalu cari aku bila dia tengah sedih. tapi bila ktaorang dah start bersekolah, ktaorang dah tak kawan lagi sebab dia lelaki, pastilah dia lebih suka rapat dengan kawan2 lelaki. sejak itu aku makin close dengan Ilyia. so many things we shared together sampai darjah 6. kitaorang jadi renggang bila aku dah start masuk asrama. and now when we meet, we just smile and feel awkward to start conversation. tapi kenangan bersama Ilyia terumatanya waktu aku kecik dulu sangat indah.

waktu darjah 3, aku ada bestfriend. nama dia diana. dialah kawan baik pertamaku. ktaorang sangat close. semuanya buat bersama. rasanya aku makan kat kantin pun jarang pergi dengan orang lain. tapi, bila sekolah kompleks gong badak dibina, diana pindah sekolah. waktu tu aku sangat sedih. tapi, moment yang paling best masa tu kitaorang selalu berkirim surat. seronok sangat bila dia bagi surat kat aku. tapi lama-kelamaan ktaorang dah lupa pada diri masing2. Alhamdulillah, mungkin Tuhan taknak ktaorang putus begitu sahaja, raya tahun lepas aku jumpa dia balik. masa tu rasa nak menangis je. diana sangat cantik sekarang. aku bangga sebab dia  berubah menjadi gadis yang sangat baik.

masa aku berumur 12 tahun, aku ada 2 kawan baik. Siti Nurhafeezah dan Saiful. Siti adalah orang yang paling berjasa bagi aku. sampai sekarang aku masih berterima kasih pada siti kerana mengubah hidupku. pada aku darjah 3-5, aku memang malas belajar. walau berada di kelas pertama, aku selalu dapat nombor yang hampir2 last. saat aku berubah adalah darjah 6, hari pertama melangkah darjah 6, siti ajak aku duduk disebelahnya. siti, dari darjah satu hingga darjah 6 selalu dapat no 1. dia bijak sangat. dialah yang buat aku rajin belajar sampai aku dapat no 2 dalam seluruh darjah 6. kira hebat jugakla, dari aku dapat no 22 ke no 2. aku dan siti banyak wakil sekolah. sitilah yang buat aku jadi pelajar aktif. masa tu, siti jadi ketua pengawas perpustakaan perempuan dan aku ketua pengawas perempuan. rasanya kalau aku tak berkawan dengan siti, mungkin aku xdapat pergi MRSM. akhirnya ktaorang berjaya dapat 5A. both of us further study in MRSM but different MRSM. start pada tula ktaorang jadi renggang. walaupun pada tingkatan 4 dan 5, ktaorang berada diMRSM yang sama dan pernah sekelas, tapi ktaorang dah tak rapat. mungkin kami berdua sudah ada kawan rapat masing2. kalau siti terbaca tulisan ini, aku nak dia tahu yang aku sangat berterima kasih dengan dia kerana dialah yang buat aku sentiasa berjaya sampai sekarang. (thanks SITI aka FEEZAH for been my bestfriend when we at standard 6).

Saiful adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. ktaorang rapat dari kecik lagi. sejak 6tahun aku belajar fardhu ain bersama sampailah darjah 6. tapi bila ktaorang dah darjah 6, saiful dah start jadi matang sikit. dia dah start protect aku. aku rasa masa tu Saiful tahu semua baik dan buruk aku. sebab tu kot aku jadi manja dengan dia. dia selalu bersaing dengan aku, tapi tak pernah dapat mengugat no1 yang aku dapat.hehe. setiap weekend, ayah kami berdua selalu anta kami ke rumah nenek diseberang takir. dari situlah aku jadi sangat rapat dengan dia. apatah lagi waktu tu, abang2 aku dah masuk asrama. jadi aku banyak bermain dengan Saiful. ktaorang close sampailah ktaorang tingkatan 3. lepas tu ktaorang dah start buat hal masing2. kalau berjumpa ktaorang hanya bertanya kabar. 

TO BE CONTINUE


Tuesday, 29 January 2013

Jom kenal zodiak kita

Assalamualaikum semua...lama pulak tak tulis blog ni...sempena awal tahun ni, kepada yang bosan2, jom kenal serba sedikit tentang diri kita...ramai orang cakap zodiak ni tak boleh percaya sangat...so baca je la jangan percaya..hehe...ni pun berdasarkan pemerhatian aku je...

Capricorn : Memandangkan mereka lahir awal tahun, jadi mereka lebih bersikap sebagai pemimpin. mereka jenis berdikari dan berprinsip jugak orangnya. kelebihan mereka pandai plan dalam hidup mereka. tapi, kadang2 dieorang agak degil. waktu itu harus hati2 mungkin sebarang pendapat tidak akan diterima. Capricorn juga dipercayai suka create dunia mereka sendiri.

Aquarius: Banyak sources yang mengatakan aquarius adalah zodiaq yang paling bijak. kelebihan mereka adalah mereka sangat penyayang. mereka sukakan keamanan dan keadilan, so tak hairanlah mereka selalu berfikir untuk selesaikan masalah dunia. dek kerana diorang ni bijak, so dieorang boleh survive kemana mereka pergi dan sangat flexible seperti karakternya iaitu air. walaupun mereka ini dikatakan penyayang, tetapi dieorang tidak pandai berkata2, kasih sayang mereka lebih kepada perbuatan. mereka juga sangat sukar difahami as mereka adalah manusia paling complicated. hidup mereka biasanya sangat tough dan dieorang memang sukakan cabaran.

Pisces: Pisces dikatakan golongan yang sentiasa bernasib baik. hidup mereka sentiasa dipermudahkan. oleh itu, mereka sentiasa nampak happy dan senang nak rapat dengan dieorang. memandangkan mereka sentiasa bernasib baik, mereka jadi pemalas dan kurang berusaha. so tak hairanlah mereka menjadi moody bila ditimpa masalah kerana mereka suka hidup mereka berjalan smooth je. Pisces juga dikatakan tidak sukakan perubahan apatah lagi apabila perkara itu menyusahkan mereka...

Aries: Zodiaq yang paling baik. mereka sangat suka membantu dan menyenangkan orang lain menyebabkan ramai yang suka mingles around dengan mereka. Aries juga pandai berdikari dan senang mingles dengan semua orang.

Taurus: Orang Taurus dikatakan golongan yang paling suka menguasai. Mereka sangat determine jika mahukan sesuatu, oleh itu mereka akan jadi sangat berusaha bila ada sesuatu yang mereka inginkan. Taurus juga dikatakan suka cemburu dan tidak suka dipandang rendah. dieorang suka jugak compete. tapi awas, mereka sangat emosi. jangan bermain api dengan mereka. untuk mendekati mereka haruslah dengan lemah lembut.

Gemini: Simbolnya melambangkan twin. so mereka sangat suka bercakap dengan diri sendiri ibarat mereka ada kembar seiras. mereka mempunyai perwatakan yang menarik, so tak hairanlah jika ramai yang suka ikut style mereka dan ingin dekati mereka. Memandangkan mereka suka bercakap dengan diri sendiri, kadang2 mereka tak focus pada orang yang sedang bercakap dengannya.


Tuesday, 6 November 2012

selalu antara ENGKAU dengan TUHAN


- Orang kerap kali berprasangka buruk, tak logik dan egois, biarkan begitu...maafkanlah mereka

- Bila engkau baik, orang mungkin akan menuduhmu menyembunyikan motif sombong. Biar begitu, tetaplah bersikap baik.

- Bila engkau sukses, engkau akan mendapat teman-teman palsu dan sejati. Biarlah begitu, tetaplah sukses.

- Bila engkau jujur dan berterus terang, orang mungkin akan menipumu...Biarlah begitu, tetaplah jujur dan berterus terang.

- Apa yang engkau bangunkan selama bertahun-tahun, mungkin akan dihancurkan seseorang dalam semalam. Biarlah begitu, tetaplah membangun....

- Bila engkau menemukan ketenangan dan kebahagiaan, orang mungkin iri hati dan dengki. Biarlah begitu, tetaplah berbahagia dan menemukan kedamaian hati..

- Kebaikan yang engkau lakukan hari ini, mungkin akan dilupakan orang keesokan harinya...Biarlah begitu, tetaplah lakukan kebaikan..

- Berikan pada dunia milikmu yang terbaik, dan mungkin itu tidak akan pernah cukup..Biarlah begitu, tetaplah berikan pada dunia milikmu yang terbaik..

- Ketahuilah, pada AKHIRNYA, sesungguhnya ini semua adalah antara engkau dan TUHAN, tak pernah antara engkau dengan mereka...



from Mother Theressa

Surat CINTA dari TUHAN..


AKU  sesuai dengan dugaan hambaKU kepadaKU, dan AKU bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKU, jika dia ingat kepadaKU didalam hatiNYA, AKU pun ingat pula kepadanya didalam HATIKU, dan jika ia ingat kepadaku dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya AKU pun ingat kepadanya dalam linkungan khalayak ramai yang lebih baik. dan jika dia mendekat pula kepadaKU sejengkal, AKU pun mendekat pula kepadanya sehasta, dan jika dia mendekat kepadaKU sehasta, nescaya AKU mendekat kepadanya sedepa. dan jika dia datang kepadaKU berjalan, maka AKU mendatanginya sambil berlari. 
Dan apabila hambaKU menghampirkan diri kepadaKU dengan suatu amalan yang lebih AKU cintai dari hanya sekdar mengamalkan apa-apa yang telah KU wajibkan atasnya, kemudian ia terus menerus mendekatkan dirinya kepadaKU dengan amalan-amalan yang baik hingga AKU mencintainya. Maka apabila dia telah KU cintai, adalah AKu pendengarnya bila dia mendengar, dan AKUlah penglihatnnya bila melihat, dan AKUlah tangannya bila melakukan sesuatu, dan AKUlah kakinya bila dia berjalan. Demi jika dia memohon kepadaKU, nescaya AKU perkenankan permohonannya dan jika dia meminta perlindungan kepadaKU pastilah AKU lindungnya.... 

Mari berbahaaaagiaaaa..


- Melatih tersenyum, paling sedikit 8x sehari

- Katakan HELLO sambil tersenyum pada orang yang belum anda kenal

- Carilah sesuatu yang indah & tersenyumlah saat anda menemukannya

- Menjaga kepala anda agar tidak tertunduk

- Menulis buku harian bersyukur

- Melengkapi 3 prioriti utama anda setiap hari

-Istirehat sebentar untuk bermain

- Bersikaplah lucu

- Lakukan sesuatu yang membuat orang bahagia

- Lakukan hal yang selalu anda lakukan

- Ingatlah selalu saat anda bergembira

- Temukan sesuatu yang membuat anda tertawa

- Bergaulah dengan orang-orang yang berbahagia...

APA YANG MEMBUAT ANDA BENAR-BENAR BAHAGIA...LAKUKANLAH

Doa untuk pagi dan petang ku



Bismillahirrahmanirrahimm.......

YA TUHANKU, aku bersyukur padaMU atas segala rahmat nikmat kurniaMU, atas limpahan curah kasih sayangMU, atas petunjuk, atas hidayahMU, atas kesihatan yang KAU berikan padaku, atas rezeki, atas kekuatan islam, iman dan tauhid kepadaMU.

YA TUHANKU, hapuskanlah trauma-trauma masa lalu ku yang mengikat hidupku.

YA TUHANKU, izinkan diriku untuk mengambil mata pelajaran serta hikmah-hikmah atas segala masa laluku dan masa-masa hidupku sebagai bekalku melanjutkan hiduplku agar aku lebih berdaya, lebih kuat, lebih tegar untuk beribadah kepadaMU dan memuliakan NAMAMU dan untuk dapat membesar-besarkan NAMAMU.

YA TUHANKU, ku terima masa laluku untuk dapat melanjutkan hidupku hanya untuk dapat menguatkan diriku agar diriku lebih kuat, membuat aku jauh lebih sihat dari waktu ke waktu.

YA TUHANKU, aku berterima kasih kepadaMU atas segala sesuatu yang KAU limpahkan, atas segala kebaikan yang KAU tunjukkan kepadaku adalah untuk aku pelajari, aku hargai, aku contohi, aku puji, aku tiru untuk kebaikanku dan menjadi pengabdianku.

YA TUHANKU, terima kasih padaMU atas segala sesuatu yang KAU berikan padaku untuk melihat keburukan orang lain dengan maksud agar aku tidak melakukan hal yang sama, tidak mengulangi hal yang sama. dan tidak mengulangi kesalahan dan kebodohan yang sama. 

Dan izinkan aku, YA TUHANKU, untuk ikut membantu, membenahi, mewarnai dan memperbaiki segala sesuatu. Dan yang sebenarnya KAU tunjukkan ini kepadaku adalah sebahagian tanggungjawabku untuk membenahinya.

Maka dari itu, YA TUHANKU, perbanyakkanlah ilmuku, tambahkanlah ilmuku untuk membuka wawasanku agar dapat membenahinya. Dimana yang dibenahi tidak harus merasa dikalahkan, disalahkan, dibodohi dan disudutkan sebagai perwujudan rasa bersyukurku atas kejadian masa laluku.

terima kasih YA TUHANKU, atas semua kurnia yang telah dan akan KAU berikan padaku.


AAMINNN....