Monday 20 February 2012

Bomoh oh bomoh 2...


Alhamdulillah..setelah menenangkan fikiran di Batam, saya kembali semangat untuk menulis...mari saya sambung topik yangg lepas pasal ilmu kiri dan ilmu kanan. Dari tulisan yang lalu saya ceritakan sedikit sebanyak tentang ilmu kiri. Hari ni saya nak cerita lak pasal ilmu kanan yang mana ilmu yang dituntut oleh Allah..

Daripada apa yang saya belajar...islam itu terbahagi kepada 4 bahagian yang boleh diibaratkan seperti kelapa iaitu syariat, tharekat, hakikat dan makrifat.

  
Syariat : Stage ni boleh diibaratkan seperti sabut kelapa. syariat beerti undang-undang. Di peringkat syariat kita belajar mengenal dan mengamalkan semua undang-undang di dalam islam termasuk yang wajib dan sunat. terlalu banyak yang diwajibkan untuk dilakukan oleh penganut islam supaya mengikut syariat islam. Orang yang dapat mengamalkan semua yang diwajibkan seperti solat, puasa, bayar zakat, tunaikan haji, tutup aurat, menjaga pergaulan dan sebagainya, sangatlah beruntung dan sedikit orangnya. saya sendiri tak mampu menjalankan syariat islam dengan sempurna. Disebabkan itu ia diibaratkan sebut kelapa, agak senang dicabut begitu juga orang seperti saya...tak mampu menyempurnakan yang telah diwajibkan didalam islam....bukan apa belum mencapai tahap ikhlas untuk melakukan semua yang telah disyariatkan di dalam islam. syariat islam memang banyak diajar dimuka bumi ini sehingga ada 4 mazhab. terlalu banyak untuk diuraikan.

Tharikat : Stage ini boleh diibaratkan seperti tempurung kelapa. tapi banyak rumors yg mengatakan tharikat adalah sesat. sebenarnya tharikat adalah jalan. tharikatullah adalah jalan menuju Allah. Sesuai dengan ertinya....tharikat sebenarnya  memahami amalan2 yang dituntut dan disuruh dalam islam termasuk sunnah2 nabi dan amalan para nabi. tharikat juga menyelongkar rahsia Tuhan demi mendekatkan diri kepada Tuhan. Namun begitu, banyak tharikat sekarang yang agak tersasar sehingga memberi impak negatif pada masyarakat. ramai yang memandang serong terhadap orang yang mengamalkan tharikat. Tetapi, haruskah kita menyalahkan orang yang niatnya mencari Tuhan??? hebat sangat ke kita untuk melabel sesorang itu sesat??? sedangkan kita sendiri juga adalah hambaNya....Menurut hadis sahih...tharikat yang benar adalah yang mempunyai salasilah dan wasilah yang bersambung kepada Nabi Muhammad s.a.w..... samada tharikat itu dibawa dari Abu Bakar atau Saidina Umar atau Saidina Usman atau Saidina Ali kerana....amalan2 sahabat Nabi adalah mengikut apa yang diamalkan oleh Nabi....Dengan memahami setiap amalan2 yang diwajibkan dan disunatkan serta sunnah2 Nabi....hati kita menjadi lembut untuk menghadirkan keikhlasan dalam setiap amalan kita. disinilah dikatakan islam itu ilmiah dan amaliah...." sesungguhnya islam itu terbahagi 75 pecahan, tapi hanya satu sahaja yang benar disisi Allah"...Berbalik kepada kenapa tharikat diibaratkan seperti tempurung kelapa??....ini kerana apa yang diajar di dalam tharikat lebih dalam dan lebih berat....jadi iman seseorang itu boleh bertambah dan sukar untuk ditembusi oleh musuh2 islam....imannya ibarat tempurung...keras dan susah dipecahkan...Oleh itu, marilah kta mengubah persepsi kita yang mengatakan tharikat itu sesat...Tharikat itu tidak sesat dan salah...mungkin yang pengamalnya mungkin salah dari segi peramalannya....Apa pun tergantung niat kita sendiri....kalau kita niatnya untuk mencari Tuhan, mengenal Tuhan dan mendalami siapa diri kita....InsyaAllah, Allah akan menunjukkan jalan yang diredhaiNya...

Hakikat : Stage ini diibaratkan seperti santan kelapa....manis dan enak rasanya....Orang yang mencapai peringkat hakikat adalah orang yang mendekati jalur kasih Allah....hatinya sudah begitu bersih....sudah kurang perasaan keduniaannya....Hatinya untuk akhirat...dan hidup matinnya adalah untuk Tuhan....hatinya begitu tenang hinggakan orang yang mendekatinya turut merasa cahaya keimannanya...tutur bicaranya sgt indah...sudah hilang kebenciannya dalam dirinya...Namun begitu, kalau amalan2nya tidak diamalkan secara istiqamah...nikmat2 itu juga bisa hilang...seperti santan bisa jadi busuk kalau dibiarkan lama dan tidak dipanaskan...

Makrifat : Stage ini diibaratkan minyak kelapa...tahan lama....tapi memerlukan masa yg lama untuk dipanaskan sehingga menjadi minyak kelapa....begitu juga makrifat...memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap makrifat...org yang mencapai tahap ini....sudah bersatu dengan Allah....budi bicara, penglihatan, pendengaran dan perbuatan, semuanya disertakan Allah....kadang2 boleh nampak keluarbiasannya...bolehkah kita mencapai makrifat Allah???marilah kita ushakannya...








No comments:

Post a Comment