Saturday 11 February 2012

Mari Mengenal Solat


Dalam kita mengerjakan ibadah kepada Allah...apa kata kita buat lebih sikit dari org lain...inilah masanya nak merebut cinta ILLAHI...org lain kerjakan solat fardhu sahaja...tapi kta tambahkan dengan solat-solat sunatnya juga....mari kta memahami sedikit sebanyak tentang solat sunat....

Solat Wudu' : Solat ini dilakukan apabila kita mahu melakukan apa-apa solat...Solat ini hanyalah inginkan kita mensyukuri air wudu' yang ada pada kita...lebih dalam lagi...kita memanjatkan syukur kepada Allah kerana masih bernyawa....masih mempunyai kudrat untuk terus beribadah kepada Allah...

Solat Taubat : Solat ini memang agak susah untuk orang lakukannya selalu...kata orang takut sembahyang solat taubat lepas itu buat lagi dosa yang lalu....pandangan anda salah sama sekali...... solat taubat seharusnya dilakukan setiap kali kita ingin solat fardhu kerana hidup kita ibarat cermin...sudah pasti setiap hari debu akan melekat pada cermin itu...begitu juga kita...kta tidak sedar setiap detik kita mungkin melakukan dosa...jadi dengan solat inilah kta dapat meminta ampun dan menghindarkan diri dari melakukan dosa...

Inilah tujuannya...sebelum melakukan solat fardhu...kta mensyukuri dengan air wudu' dan kesihatan yg diberi oleh Allah agar senang untuk kta beribadah....kta juga meminta ampun segala dosa sebelum kita mengerjakan solat yang wajib dilakukan setiap hari...jika kita ikhlas melakukan solat-solat ini...kta akan dapat rasakan solat yang kita lakukan seakan-akan solat terakhir untuk kita...kerana kita semua tidak tahu kapan malaikat maut  akan menjemput kta...

Solat Hajat : " sesungguhnya hamba Allah yg tidak berhajat dan berdoa kepada Allah...maka dia tergolong dalam golongan orang yang sombong pada Tuhannya"...dengan pepatah ini...memang disuruh sentiasa meminta kepadaNYA kerana doa adalah senjata orang mukmin...so apa salahnya setelah kita mengerjakan solat fardhu kita tambah dengan mengerjakan solat hajat...pohonla seberapa hajat yang mahu kepadaNya...insyaAllah dikabulkan....

Begitulah cara kita menyempurnakan solat kiata...sesungguhnya islam itu halus dan indah...cubalah amalkannnya dan rasakan perubahan diri anda...siapa tahu penyakit yang ada dlm diri bisa sembuh??...hajat yang  tidak dimakbulkan lagi langsung terus dimakbulkan....dan hati menjadi setenang tenangnya...

~ ~ ~SELAMAT BERAMAL~ ~ ~  
 

No comments:

Post a Comment